PENGARUH IKLIM HUBUNGAN INDUSTRI DAN KEBERKESANAN KESATUAN SEKERJA TERHADAP AMALAN INTEREST BASED BARGAINING (IBB) DALAM KALANGAN PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA DI SABAH

Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof

Abstract


Amalan Interest Based Bargaining (IBB) merupakan strategi perundingan yang menjadi alternatif kepada perundingan distributif.  Proses IBB bertujuan untuk mengurangkan konflik dan permusuhan ketika perundingan di antara majikan dan kesatuan sekerja. Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh iklim hubungan industi dan keberkesanan kesatuan sekerja terhadap amalan IBB.  Berdasarkan kajian yang melibatkan 166 orang pemimpin kesatuan sekerja di Sabah, dapatan kajian menunjukkan iklim hubungan industri dan keberkesanan kesatuan sekerja merupakan peramal yang baik terhadap IBB.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.