PENDEKATAN KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DALAM STRATEGI BERDAKWAH ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) 1972-2004

Siti Ruzana Ab Ghani, Rahilah Omar, Azlizan Mat Enh, Russli Kamaruddin

Abstract


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah gerakan Islam yang amat teliti dalam memilih pemimpinnya supaya dapat melaksanakan tugasan dakwah dengan berkesan kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan komunikasi kepemimpinan dalam kalangan pemimpin gerakan Islam ABIM dalam strategi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat Melayu 1972-2004. Kajian ini adalah penyelidikan kualitatif dengan menggunakan disiplin sejarah berdasarkan penelitian terhadap sumber primer dan sumber sekunder iaitu menganalisis dokumen seperti Laporan Tahunan ABIM, Perlembagaan, Surat-Surat, Risalah, Siaran Media, Kenyataan Akhbar, Berita, dan Ucapan Dasar Muktamar dari arkib ABIM. Hasil kajian membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin dalam gerakan Islam ABIM telah menggunakan pendekatan komunikasi kepemimpinan secara berkesan sebagai medium menyampaikan dakwah. Melalui pendekatan komunikasi kepemimpinan juga maka gerakan Islam ABIM mendapat sokongan masyarakat Melayu dalam menanam penghayatan nilai-nilai Islam bagi mencapai kehidupan yang syumul serta menekan akidah yang betul berpandukan al Quran dan as Sunnah. Keberkesanan komunikasi kepemimpinan membawa kepada pengukuhan perjuangan gerakan Islam ABIM dalam menyampaikan dakwah dalam kalangan anggota dan bukan anggotanya seterusnya kepada masyarakat Melayu di Malaysia.  Oleh itu peranan pemimpin menggunakan pendekatan komunikasi kepemimpinan yang berkesan sangat penting dalam gerakan Islam ABIM dalam perjuangan menyampaikan dakwah kepada masyarakat Melayu di Malaysia sehingga tahun 2004. Perjuangan dakwah pemimpin-pemimpin gerakan Islam ABIM juga bukan sahaja di peringkat dalam negara sahaja malahan ke peringkat hubungan antarabangsa antara negara-negara di dunia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.