PENGARUH MEDIA TERHADAP SOKONGAN KEPADA PARTI POLITIK DI MALAYSIA

Nur Ellyanis Mohd Basori, Junaidi Awang Besar

Abstract


Akses sumber maklumat kini wujud dalam pelbagai jenis sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tidak kiralah apa bentuk dan rupa sumber maklumat itu, iainya mampu mempengaruhi pemikiran dan tindak tanduk seseorang dalam kecenderungan memilih sesebuah parti politik. Bagi konteks pilihan raya di Malaysia, sebelum wujudnya media alternatif atau online, rakyat Malaysia banyak bergantung harap dan lebih mempercayai media arus perdana sehingga ppengaruh parti politik Barisan Nasional (BN) dilihat lebih kuat. Namun begitu, apabila media alternatif menguasai pengaruh sumber maklumat yang boleh diakses tanpa had, landskap politik Malaysia semakin berubah dan pengaruh BN juga terhakis sedikit demi sedikit sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Justeru, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh media terhadap sokongan kepada parti politik di Malaysia. Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 96,684 orang responden di seluruh Malaysia, hampir kebanyakannya mendapatkan maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Whataspp. Kecenderungan pengundi yang mengakses maklumat melalui media alternatif ini menunjukkan sokongan mereka lebih kepada parti pembangkang memandangkan parti ini yang banyak menguasai media alternatif. Disebabkan itu juga, pengaruh media alternatif ini telah berjaya mengubah landskap politik negara apabila tumbangnya kerajaan BN memandangkan media arus perdana dilihat ketinggalan jauh dalam memainkan peranannya sebagai ejen penyebar maklumat yang unggul.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia