FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEWUJUDAN PENJAJA TANPA LESEN DI KAWASAN PENTADBIRAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA, KUCHING SARAWAK

Jeniri Amir, Ahi Sarok, Ajing Kartini Mohamad Ramlee

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menilai faktor-faktor penyumbang wujudnya aktiviti penjaja tanpa lesen di 5 kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kuching, Sarawak; iaitu Bandar Baru Samariang, Jalan Tan Sri Ikhwan Zaini, Kampung Pinang Jawa, Jalan Astana dan Kampung Santubong memandangkan terdapatnya peningkatan bilangan penjaja sebanyak 60 orang iaitu dari 49 orang dalam tahun 2014 kepada 109 orang dalam tahun 2016. Aktiviti penjajaan tanpa lesen juga menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas, risiko kebersihan dan keselamatan makanan serta boleh menjejaskan imej DBKU jika tidak dibendung. Seramai 84 penjaja tanpa lesen dipilih secara rawak bertujuan untuk kajian ini. Pensampelan rawak bertujuan dipilih memandangkan responden sukar didekati kerana mereka berjaja secara randah, sambilan dan tidak suka dijadikan bahan penyelidikan. Exploratary Factor Analysis (EFA) dan ANOVA sehala digunakan untuk mendapat hasil kajian.  Hasil kajian mendapati 5 faktor utama yang mendorong wujudnya aktiviti penjajaan tanpa lesen ialah faktor perundangan, faktor pendorong, faktor  kemudahan, ekonomi dan campur tangan politik. Faktor lain adalah seperti keupayaan penguatkuasaan oleh anggota penguat kuasa DBKU. Dapatan kajian mengesahkan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah wajar kerana berjaja di tepi jalan adalah salah. Aktiviti penjajaan juga menyediakan kemudahan kepada pelanggan, lokasi strategik, waktu operasi tanpa had, modal minimum serta menambah pendapatan keluarga. Campur tangan ahli politik membantu penjaja tanpa lesen berkomunikasi dengan pihak DBKU bagi menyatakan kemahuan dan kekurangan yang dikehendaki seperti membantu mereka untuk mendapat kawasan tapak berjaja yang sah serta dilengkapi kemudahan asas.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.