SIMBOLISME WATAK DAN PERWATAKAN BERDASARKAN KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA DALAM FILEM OLA BOLA (2016)

Nor Ain Matnoh, Zairul Anuar Md Dawam

Abstract


Watak dan perwatakan merupakan reprensentasi sosio-budaya yang memberi makna dan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ini dinyatakan oleh Fludernik (2009) bahawa watak dan perwatakan membawa kepada pembinaan makna kepada penonton. Justeru artikel ini menganalisis simbol watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia melalui filem Ola Bola (2016). Ia bertujuan membincangkan bagaimana watak dan perwatakan dalam filem ini mewakili kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Konsep Semiotik Ferdinand De Saussure (1857-1931) digunakan sebagai pendekatan kajian untuk menilai pemaparan simbol mengenai sosio-budaya melalui pemaparan watak dan perwatakan dalam keseluruhan filem ini. Kajian ini mendapati filem Ola Bola (2016) memaparkan kepentingan hubungan antara kaum (perpaduan) melalui persahabatan dan pengorbanan oleh watak dan perwatakan. Kajian juga mendapati pengucapan dialog dan perlakuan watak dan perwatakan menyampaikan mesej mengenai kepentingan agama dan penggunaan bahasa ibunda seperti Bahasa Malaysia, Tamil dan Cina. Selain itu melalui dialogs dan props, filem ini juga memaparkan penerimaan terhadap pengaruh unsurunsur luar seperti Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya, watak dan perwatakan dalam filem ini digunakan bagi menyampaikan mesej mengenai kepentingan jati diri bangsa Malaysia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.