HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI GURU SEJARAH DALAM PENGGUNAAN SUMBER SEJARAH DAN PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

M. Kaviza

Abstract


Oleh kerana penggunaan sumber sejarah dan penerapan kemahiran pemikiran sejarah adalah disarankan dalam kurikulum sejarah melalui pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang berkesan, maka objektif kajian ini ialah untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara kompetensi guru sejarah dalam penggunaan sumber sejarah dan penerapan kemahiran pemikiran sejarah. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 92 orang guru sejarah dari sekolah-sekolah menengah harian yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan-rawak mudah. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang telah diadaptasi dan disahkan oleh pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kompetensi penggunaan sumber-sumber sejarah mempunyai hubungan linear yang amat tinggi secara signifikan (r=0.75) terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah. Tambahan pula, kompetensi pengetahuan (r=0.58) dan kemahiran (r=0.67) dalam penggunaan sumber-sumber sejarah mempunyai hubungan linear yang tinggi secara signifikan terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah, manakala kompetensi sikap (r=0.74) dalam penggunaan sumber-sumber sejarah mempunyai hubungan linear yang amat tinggi secara signifikan terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah. Sungguhpun begitu, hanya kompetensi pengetahuan dan sikap penggunaan sumber-sumber sejarah merupakan pembolehubah peramal yang menyumbang secara signifikan terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam kajian ini. Implikasi kajian ini telah mencadangkan bahawa kompetensi guru dalam penggunaan sumber-sumber sejarah perlu dipertingkatkan dengan lebih meluas disebabkan terdapat perkaitan dengan penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah di dalam kelas. Kesimpulannya, guru-guru sejarah perlu memainkan peranan penting dalam merancang strategi pengajaran yang mengingtegrasikan elemen sumber sejarah dan kemahiran pemikiran sejarah bagi membentuk proses pembelajaran yang bermakna di dalam kelas. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia