PILIHAN RAYA KECIL (PRK) RANTAU 2019: ISYARAT PERALIHAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA BN?

Suresh Kumar N Vellymalay

Abstract


Artikel ini bertujuan membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Rantau, Negeri Sembilan yang diadakan pada 13 April 2019. Pilihan Raya Kecil Rantau menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) dengan undi majoriti yang besar. Sehubungan itu, artikel ini menjelaskan beberapa faktor yang telah memangkin kemenangan BN di Rantau; antaranya adalah kredibiliti calon, sentimen Melayu-Islam, sokongan pengundi bukan Melayu, janji-janji Manifesto PH PRU 14 dan sokongan pengundi muda. Selain itu, artikel ini juga membincangkan beberapa faktor yang menjadi kekangan kepada PH untuk merampas kerusi DUN dalam PRK Rantau seperti kekecewaan rakyat terhadap PH, kerjasama UMNO-PAS, sentimen Melayu-Islam oleh UMNO, budaya politik berkempen, kerjasama dalam kalangan parti komponen PH dan kebebasan media.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia