KETOKOHAN SAIDINA UMAR DALAM DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU: TIGA PRINSIP KEADILAN ISLAM MENERUSI HIKAYAT ABU SYAHMAH

Muhammad Ghazali Mohd Ros, Shaiful Bahri Md. Radzi

Abstract


Makalah ini membincangkan tentang prinsip keadilan yang dipertontonkan oleh watak Saidina Umar dalam dunia kesusasteraan Melayu tradisional. Umum mengetahui bahawa Saidina Umar merupakan tokoh penting dalam sejarah peradaban Islam, yang terkenal dengan sifat tegas dan adil dalam menjatuhkan sesuatu hukum. Keadilan merupakan salah satu tunjang utama dalam membentuk keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Menerusi perlaksanaan keadilan yang menyeluruh, setiap individu akan memperoleh jaminan keselamatan dan hak dalam menyampaikan sesuatu aduan, sekaligus mengelakkan daripada berlakunya kezaliman. Dengan memfokuskan kepada naskhah Hikayat Abu Syahmah, objektif kajian ini adalah untuk meneliti konsep keadilan yang dipamerkan menerusi watak Saidina Umar, dalam melaksanakan hukuman menurut syariat Islam. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan terhadap naskhah hikayat. Hasil kajian memperlihatkan bahawa keadilan Islam yang terpancar menerusi watak Saidina Umar dalam Hikayat Abu Syahmah, telah melalui tiga prinsip utama dalam Islam iaitu mendengar sesuatu aduan, melakukan tabayyun (siasatan), serta menjatuhkan hukuman. Pemaparan terhadap konsep keadilan Islam yang menyeluruh menerusi hikayat, telah membuktikan bahawa watak Saidina Umar merupakan seorang khalifah yang adil dalam melaksanakan pemerintahannya terhadap umat Islam. Justeru, sifat tersebut berupaya menjadi teladan buat para pembaca hikayat masa kini, dalam usaha mereka meningkatkan akhlak dan keperibadian diri.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia