PENTERJEMAHAN DINAMIS DALAM TERJEMAHAN BERITA JENAYAH BAHASA INGGERIS KE BERITA JENAYAH BAHASA TAMIL

Logeswaari Elumalai, Veeramohan Veeraputhran

Abstract


Kepentingan terjemahan berita semakin meningkat dalam beberapa dekad yang lalu. Oleh hal demikian pengkaji memilih untuk mengkaji tentang terjemahan berita Bahasa Inggeris(Bahasa Sumber) ke dalam berita Bahasa Tamil(Bahasa Sasaran). Pengkaji menghadkan kepada berita jenayah kerana berita ini sangat popular di negara kita baru-baru ini. Oleh itu, semua orang perlu tahu tentang berita tersebut. Apabila penterjemah tidak mahir dalam bahasa sumber dan tidak dapat memahami teks asal hasilnya akan mengelirukan para pembaca. Tidak ada dua perkataan yang betul- betul membawa maksud yang sama dalam dua bahasa yang berlainan. Maka, penterjemah perlu menggantikannya dengan perkataan yang hampir sama maksud dengannya. Erti kata lain penterjemah perlu mencari kata sepadannya. Rentetan itu, kajian ini akan mengenalpasti cara penterjemahan dinamis dalam terjemahan berita jenayah Bahasa Inggeris ke berita Bahasa Tamil serta membincangkan kefahaman berita terjemahan pembaca sasaran. Kajian ini akan menggunakan teori terjemahan dinamis bagi mengenalpasti cara terjemahan dinamis. Di samping itu, soal selidik yang akan melibatkan 100 orang pembaca sasaran akan digunakan untuk membincang kefahaman berita terjemahan. Adalah diharapkan kajian yang akan datang menumpukan kepada analisis terjemahan tajuk berita, kandungan berita dengan menggunakan teori terjemahan yang berlainan supaya menghasilkan dapatan yang berbeza.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia