WAHDAH AL-WUJUD DALAM TRADISI SUFI: ISU DAN ANALISA KRITIS TERHADAP FATWA AKIDAH DI MALAYSIA

Muhammad Khairi Mahyuddin, Awatif Abdul Rahman

Abstract


Isu wahdah al-wujud dalam tradisi Sufi di Malaysia merupakan isu akidah yang sering dikaitkan dengan ajaran sesat. Malah, terdapat fatwa di peringkat negeri telah mengeluarkan fatwa mengharamkan doktrin ini secara umum. Lantaran daripada pengeluaraan fatwa tersebut telah memberi impak besar kepada masyarakat awam dan pengamal tasawwuf khususnya yang masih memahami isu wahdah al-wujud dengan maksud dan manhaj sebenar yang diperakui oleh ulama Sufi muktabar. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan salah faham doktrin wahdah al-wujud dan perbezaaan antara ciri ciri wahdah al-wujud yang betul dan salah berdasarkan manhaj Sufi sebenar yang dihurai oleh para ulama Sufi muktabar .Metodologi kajian ini adalah kajian sejarah dan tekstual analisis kitab- kitab sufi turas muktabar.  Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa wahdah al-wujud ini merupakan istilah yang tidak boleh difahami secara literal kerana boleh membawa kepada salah penafsiran dan kefahaman.  Wahdah al-wujud mestilah dihurai mengikut manhaj ulama Sufi sebenar dan menepati prinsip-prinsip akidah yang sepakati. Wahdah al-wujud muwahhidah adalah diterima kerana menepati akidah dan shariat, manakala wahdah al-wujud mulhidah ditolak kerana bercanggah dengan kedua- dua asas tersebut.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia