PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR TAHFIZ WAL QIRAAT

Ku Fatahiyah Ku Azizan, Hanis Najwa Shaharuddin, Farah Nur Rashida Rosnan, Wazzainab Ismail

Abstract


Program Tahfiz wal Qiraat merupakan antara bidang pengajian yang ditawarkan oleh kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Islam di Malaysia. Pelajar-pelajar Tahfiz wal Qiraat wajib menghafal ayat-ayat al-Quran sebagai syarat graduasi. Program ini turut mensyaratkan kepada pelajar-pelajar untuk mengambil kursus wajib bahasa Arab iaitu kursus yang menekankan aspek kemahiran asas berbahasa; kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Tahfiz wal Qiraat terhadap pembelajaran Bahasa Arab serta tahap proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik pelajar. Teknik persampelan rawak digunakan dengan melibatkan seramai 279 orang responden pelajar TAhfiz al Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Darul Quran (DQ) Jakim. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar tahfiz terhadap pembelajaran Bahasa Arab adalah sederhana dengan nilai min keseluruhan= 2.56 dengan sisihan piawai= 0.335. Sementara tahap proses pembelajaran dan pengajaran pelajar berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min = 3.05 dengan sisihan piawai = 0.418. Justeru dapatan kajian ini mencadangkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz perlu diperhalusi. Teknik penggabung jalinan dalam pengajaran dengan mengaitkan ayat-ayat al-quran dalam pengajaran Bahasa Arab perlu dititkberatkan oleh guru Bahasa Arab yang mengajar pelajar tahfiz wal Qiraat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.