MULTIKULTURALISME DALAM NARATIF SEJARAH NASIONAL MALAYSIA

Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir, Zubaidah Hamzah

Abstract


Di Malaysia, politik identiti telah menjadi salah satu fenomena yang melatar perhubungan etnik masyarakatnya. Masyarakat Malaysia masih belum menemui formula yang konklusif untuk membina perpaduan tuntas. Identiti nasional yang menjadi instrumen perpaduan masih berhadapan kemelut penerimaan kolektif masyarakat ekoran orientasinya dilihat agak eksklusif. Dalam merungkai eksklusiviti itu, sesetengah pihak mengharapkan idea multikulturalisme dipegang sebagai tunggak identiti Malaysia. Saranan ini bagaimanapun sukar diterima. Natijahnya, berlaku polemik identiti yang berterusan di Malaysia, terutama seputar kedudukan bahasa dan kebudayaan dalam kerangka identiti nasional. Artikel ini cuba menganalisis polemik sejarah nasional Malaysia dalam skema politik identiti itu tadi. Perbincangan menghujahkan, walaupun polemik sejarah nasional berjalan di atas keprihatinan pelbagai, namun, multikulturalisme telah menjadi salah satu paradigma yang paling rancak dipertentangkan. Keadaan ini dihujahkan mempunyai kaitan rapat dengan bentuk ‘Bangsa-Idaman’ berbeza yang dipegang oleh masyarakat Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.