KONTEKS DAN LAKUAN BUKAN BAHASA DALAM ARTIKEL KRITIKAN TUN DR. MAHATHIR TERHADAP ISU 1MDB

Abd Ganing Laengkang, Ab Razak Ab Karim, Rohaidah Haron

Abstract


Pragmatik ialah kajian makna ujaran berdasarkan konteks sebenar. Kajian ini membina kerangka konsep umum berdasarkan formula Paul Simpson, iaitu pragmatik = semantik + konteks untuk menentukan kedudukan dan jenis-jenis konteks dalam kajian lakuan bahasa. Penelitian konteks dan lakuan bukan bahasa dilakukan berdasarkan artikel-artikel kritikan Tun Dr. Mahathir terhadap isu pengurusan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Penelitian ini memperlihatkan bahawa konteks dan lakuan bukan bahasa perlu diperjelas terlebih dahulu sebelum menganalisis lakuan bahasa seseorang. Hal ini kerana konteks dan lakuan bukan bahasa dapat menentukan makna, fungsi dan tujuan sesuatu ujaran. Secara umumnya, kajian ini telah mengenal pasti tiga konteks utama, iaitu konteks 1MDB, konteks sikap pendirian pengkritik, konteks lakuan bukan bahasa. Ketiga-tiga konteks ini memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk-bentuk lakuan bahasa. Sumber konteks ini diperoleh melalui analisis artikel kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diterbitkan antara September 2104 hingga Mac 2018 melalui blog chedet.cc. Penekanan terhadap pengkategorian konteks dan lakuan bukan bahasa telah memberi satu dimensi baharu dalam kajian pragmatik, iaitu kategori konteks perlu diperjelas terlebih dahulu sebelum menganalisis data. Kajian-kajian sebelum ini tidak memperincikan jenis-jenis konteks sebelum menganalisis sesuatu data.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia