KAJIAN FONETIK VARIAN KELANANG: DIALEK MELAYU JUGRA SELANGOR

Norfazila Ab. Hamid

Abstract


Makalah ini membicarakan salah satu varian Dialek Melayu Jugra (DMJ) yang terdapat di Jugra iaitu Varian Kelanang (VKLNG). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang penggunaanya. Data yang dapat dikumpulkan ini dicerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMJ terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem dan penentuan varian dalam DMJ. Justeru, kajian dalam makalah ini akan menyentuh Varian Kelanang yang dikenalpasti salah satu varian yang terdapat dalam DMJ. Kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VKLNG dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VKLNG mempunyai 8 fonem vokal /i, u, e, o, E, , «, a/ dan memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ dan 20 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, //, dua konsonan letusan /tS, dZ/, tiga konsonan geseran /s, Ä, h/, empat konsonan nasal /m, n, ø, N/ satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/ yang digunakan dalam ucapan seharian mereka. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan bangsa Melayu Jugra melalui bahasa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.