IMPAK MATA PELAJARAN UMUM DARI KACA MATA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Nor Azlina Endut, Rohaini Amin, Ayu Norazilah Mohamad, Hairol Anuar Mak Din

Abstract


Artikel ini membincangkan tentang impak Mata Pelajaran Umum (MPU) yang dilihat dari kaca mata para pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). KUIS merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, KUIS juga patuh kepada badan Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan menawarkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Mata Pelajaran Pengajian Umum kepada para pelajar. Metodologi kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan edaran borang soal selidik kepada para pelajar untuk melihat impak pelaksanaan MPU di KUIS. Dapatan kajian mendapati bahawa para pelajar memberi maklumbalas yang baik kepada tenaga pengajar subjek Pengajian Malaysia 2, Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu MPU kelompok U1. Ini menjelaskan bahawa penawaran MPU berupaya memberi impak positif kepada para pelajar daripada aspek tamadun, hubungan pemajmukan dan negara Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.