Kemiskinan Keluarga Dan Pengaruhnya Terhadap Tahap Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes Di Jajahan Bachok, Kelantan (Family Poverty and Its Influence on Rural Community Low Education: Case Study in Bachok District, Kelantan)

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, Narimah Samat

Abstract


Tahap pendidikan rendah sering dikaitkan dengan masyarakat di kawasan luar bandar. Ini kerana masyarakat luar bandar mempunyai kekangan dalam aspek mendapatkan ilmu pendidikan, peluang pekerjaan dan memperoleh pendapatan tinggi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat di luar bandar berada dalam tahap pendidikan yang rendah. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk pengumpulan data. Soal selidik telah dijalankan ke atas 230 orang responden yang terdiri daripada Senarai Keluarga Miskin Jajahan Bachok. Data yang diperolehi daripada responden dianalisis untuk maklumat deskriptif dan “ranking analysis” menggunakan perisian SPSS. Kajian mendapati hampir 40 peratus responden berpendapat bahawa faktor utama yang mempengaruhi tahap pendidikan rendah di luar bandar adalah disebabkan faktor kewangan yang berkaitan dengan pendapatan rendah yang diperoleh ketua keluarga. Selain itu faktor latar belakang pendidikan yang rendah dalam kalangan ketua keluarga turut memberi kesan kepada pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Walau bagaimanapun majoriti daripada responden menyedari kepentingan pendidikan untuk generasi mereka. Oleh itu, penekanan dan keperluan peluang dalam aspek pendidikan khususnya di lokasi luar bandar perlu diperkukuhkan dengan lebih jitu lagi.

Kata Kunci: Kemiskinan keluarga, masyarakat luar bandar, pendidikan rendah, peluang pekerjaan, pendapatan.

 Family Poverty and Its Influence on Rural Community Low Education: Case Study in Bachok District, Kelantan 

ABSTRACT

The low level of education is often associated with people in rural areas. This is because the rural community has constraints in the areas of education, employment and income. The purpose of this study is to study family factors that cause rural communities to be in low level of education. The combination of quantitative methods using questionnaire instruments and qualitative methods of interviews was used for data collection. Questionnaires for 230 respondents in Jelawat, Perupok and Tawang areas in Bachok, Kelantan were conducted. The data obtained from the respondents were analyzed for descriptive information and "ranking analysis" using the Statistical Package for the Social Science 11.0 software. The study found that nearly 40 percent of respondents felt that the main factor affecting the level of primary education in the rural areas was due to the financial factors associated with lower income earned by the head of the family. In addition, the primary education background of the head of the family also affects the achievement of education among their children. But the majority of respondents are aware of the importance of education for their generation. Therefore, the emphasis and the need for opportunities in education, particularly in rural areas, should be strengthened more accurately.


Keywords: Family poverty, rural community, low education, employment, income.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia