IMPAK PENYERTAAN PENGUNDI MUDA DALAM PRU 2013 TERHADAP POLITIK MALAYSIA (Impact of Young Voters Participation in the 2013 General Election on Malaysian Politics)

Mohd Haziman Mahmood

Abstract


Dalam pilihan raya umum 2008, pola pengundian telah memperlihatkan perubahan yang signifikan pengundi muda kepada pembangkang. Perubahan ini adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati pengundi muda terhadap BN sehingga terhakisnya hegemoni BN dan akhirnya mencetuskan tsunami politik.  Trend yang sama turut berlaku dalam PRU 2013 apabila BN sekali lagi memenangi pilihan raya dengan majoriti yang berkurang, iaitu memenangi sebanyak 133 kerusi sahaja daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.  Kemerosotan pencapaian BN dalam PRU 2013 adalah disebabkan oleh beberapa isu lama dan baharu dan juga kerana perubahan tingkah laku pengundi muda yang telah bersedia untuk memberi peluang kepada parti pembangkang. Artikel ini menilai impak penyertaan politik pengundi muda dalam PRU 2013 terhadap politik Malaysia.  Hasil analisis mendapati penyertaan pengundi muda telah menghakis hegemoni BN, memberi kesan kepada politik federalisme, dan juga membawa Malaysia ke arah pembentukan sistem dua parti.  Walaupun penyertaan anak muda ini telah membawa kesan kepada pendemokrasian politik Malaysia, namun penyertaan mereka belum berjaya menggantikan kerajaan pemerintah, tetapi sekadar mampu menggugat hegemoni kuasa BN sahaja.  

_______________

In the 2008 general election, the young voters’ voting pattern has seen significant change to the opposition. This change was due to their dissatisfaction toward BN and caused the decline of BN hegemony and eventually triggered political tsunami.  The same trend also happened in the 2013 general election when BN once again won the election with a reduced majority, won only 133 seats out of a total of 222 seats contested.  The decline of BN achievement in 2013 general election is due to some old and new issues as well as changes in the behavior of young voters who have been willing to give a chance to the opposition parties. This article evaluates the impact of political participation of young voters in the 2013 general election on Malaysian politics. The analysis found that the participation of young voters has eroded BN hegemony, affect the politics of federalism, and also bring Malaysia towards the formation of a two-party system. Although the participation of young voters has brought impact to the Malaysian political democratization, their participation has not managed to replace the ruling government. It was just able to threaten the hegemony of BN power only.  


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.