FAKTOR-FAKTOR PSIKOLOGI YANG MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU SUKARELAWAN BERKESAN (Psychological Factors Influencing Effective Volunteer Behaviour)

Aizan Sofia Amin, Fatimah wati Halim, Noordeyana Tambi, Norhayati Ibrahim, Sariyah Abdullah

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi tingkah laku motivasi sukarelawan berkesan dalam Temasya Kuala Lumpur 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan secara atas talian. Satu set alat ujian psikometrik 40 item yang terdiri daripada tiga instrumen iaitu Soal Selidik Personaliti, Soal Selidik Motivasi Pencapaian dan Soal Selidik Tingkahlaku Sukarelawan Berkesan telah ditadbir ke atas peserta kajian. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif dan korelasi dengan bantuan perisian komputer iaitu ‘Statistical Package for the Social Science for Windows’ (SPSS for Windows). Kajian mendapati majoriti sukarelawan yang terlibat dengan Temasya Kuala Lumpur 2017 adalah perempuan, generasi Z yang berusia di antara 16 hingga 25 tahun serta berasal daripada zon Malaysia Tengah. Kajian juga menunjukkan untuk menjadi sukarelawan yang berkesan, seseorang individu perlu mempunyai faktor Personaliti Keterbukaan, Kehematan dan Kepersetujuan yang tinggi dan tahap Neurotisisme yang rendah. Selain itu, faktor Motivasi Penyempurnaan, Motivasi Status dan Motivasi Perhubungan juga penting bagi sukarelawan dalam melaksanakan tugas mereka secara berkesan. Walaubagaimanapun, apabila kedua-dua faktor psikologi Personaliti dan Motivasi Pencapaian digabungkan, kajian menunjukkan bahawa tidak semua dimensi Personaliti dan Motivasi Pencapaian mempengaruhi tingkahlaku sukarelawan yang berkesan secara langsung. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya langkah bersesuaian perlu diambil untuk menarik minat lebih ramai sukarelawan dalam kalangan lelaki dan memperkasakan potensi mahasiswa sebagai sukarelawan berkesan. Selain itu, dimensi-dimensi Personaliti dan Motivasi Pencapaian yang berkaitan boleh digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam melakukan pemilihan sukarelawan berkesan untuk aktiviti sukarela mereka. 

______________________

This research was conducted to identify psychological factors influencing effective volunteer behaviour in the Kuala Lumpur 2017 Games that was held in Kuala Lumpur, Malaysia. The research  employed quantitative study with online survey method. A psychometric test with 40 items was adminsitered on the research participants consisting of three instruments namely Personality Questionnaire, Achievement Motivation Questionnaire and Effective Volunteer Behaviour Questionnaire. The data were analysed using descriptive and correlational statistics with a computer assisted software - ‘Statistical Package for the Social Science for Windows’ (SPSS for Windows). The majority of volunteers participated in the Kuala Lumpur 2017 Games were females, Z generation aged between 16 to 25 years old and coming from Central Malaysia zone. The findings also examined that to be effective volunteers, the individuals should acquire high level of Openness, Conscientiousnes and Agreeableness personality traits and low level of Neuroticism. Besides, Motivation of Improvement, Motivation of Status and Motivation of Relationships are also important to complete their tasks effectively. Nevertheless, when both the psychological factors of Personality and Achievement Motivation were combined, not all dimensions have direct influence towards effective volunteer behaviours. The study suggests that appropiate measures should be taken to encourage more participation amongst male to be volunteers and to empower the potential of university students as effective volunteers. In addition, the relevant dimensions of Personality and Achievement Motivation could be employed by interested parties in selecting effective volunteers for their volunteerism activities.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.