KAJIAN PENELITIAN MASALAH MANGSA BENCANA BANJIR DISEMBER 2014 DI KELANTAN (An Investigation of Flood Victims Problems during Flood Disasters December 2014 in Kelantan)

Noremy Md Akhir, Azlinda Azman, Nazirah Hassan, Nur Hafizah Md Akhir

Abstract


Bencana banjir adalah sesuatu keadaan yang amat menekankan kerana ia dianggap sebagai situasi krisis. Dalam kebanyakan situasi bencana tidak kira sebesar mana kecederaan atau kehilangan yang dialami, semua mangsa yang terlibat akan merasa tertekan, bimbang dan risau dengan apa yang berlaku, dan ini telah menjejaskan kesejahteraan hidup mereka terutamanya selepas kejadian bencana banjir. Lebih membimbangkan, tanpa bantuan dan sokongan yang sewajarnya, mangsa akan mengalami kesukaran dari aspek psikososial untuk bangkit membina kehidupan baru selepas banjir. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan ke atas 28 orang mangsa bencana banjir yang mengalami kemusnahan rumah dan harta benda secara total akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan, Malaysia pada 2014. Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif yang menggunakan fenomenologi sebagai reka bentuk kajian. Pengkaji turut menggunakan pendekatan induktif bagi kajian ini. Pemilihan responden adalah berdasarkan pensampelan bertujuan dan temu bual mendalam telah dijalankan ke atas kesemua reponden secara berasingan. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan analisis tema.  Hasil kajian mendapati terdapat enam masalah utama yang diketengahkan oleh responden kajian iaitu kemusnahan rumah dan harta benda, masalah kewangan dan hilang sumber pendapatan, masalah psikologikal, masalah kesihatan responden atau ahli keluarga, masalah dengan wakil penduduk atau ketua komuniti dan masalah peribadi dengan ahli keluarga atau jiran tetangga. Secara keseluruhannya kajian ini diharap dapat merungkai masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir yang mengalami kehilangan rumah dan harta benda secara total dan seterusnya membuka ruang kepada pihak pemberi bantuan untuk menyediakan bantuan yang diperlukan bagi meingkatkan kefungsian dan kesejahteraan hidup mangsa banjir di Malaysia secara amnya.

_____________________

Flood disasters is a crisis that creates a very tense situation. In many disaster situations, regardless the level of damage or loss, affected victims may suffer from depression and anxiety that resulted by what they had experienced. This affected their well-being especially after a disaster. Indeed, without help and appropriate supports, victims may suffer from psychosocial difficulties and thus hardly recover after flood. This study was conducted on 28 flood victims whose homes and properties have been destroyed (total lost) by massive floods in Kelantan, Malaysia in December 2014. This study used phenomenological design and inductive approach. Participants were selected using purposeful sampling, and face-to-face in-depth interviews were carried out to all participants separately. Obtained data were analyzed using thematic analysis technique. Findings of this study show that there are six main problems highlighted by participants, including the damage to the homes and properties, financial problems and the loss of income, psychological problems, health problems, problems with the community leader and personal problems with family members or neighborhoods. Overall, this study is expected to reveal problems faced by flood victims whose lost their homes and properties totally, and thus create chances to donors in providing appropriate assistances to improve function and well-being in flood victims.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.