PERANAN DAN PENGARUH PEMIMPIN PENDAPAT DALAM MENGGALAKKAN MASYARAKAT KAMPUNG TERLIBAT DALAM AKTIVITI KOPERASI: KAJIAN KES DI KAMPUNG HULU CHUCHOH, SEPANG (The role and influence of opinion leaders in encouraging the villagers to engage in cooperative activities: A case study in Kampung Hulu Chuchoh, Sepang)

Siti Hajar Ibrahim, Siti Aisyah Nordin, Siti Haizani Mat Delin, B.T Seri Tanjung Baharudin, Zainatunnisa Fakurazi, Suhana Saad

Abstract


Konsep pemimpin pendapat telah lama menjadi subjek kajian dalam pelbagai bidang, termasuk tingkahlaku pengguna, psikologi sosial, komunikasi, pemasaran, dan sosiologi. Kebanyakan kajian ini mencuba untuk mengasingkan ciri-ciri aktiviti sosial, sikap umum, demografi dan gaya hidup untuk lebih memahami siapakah yang digelar pemimpin pendapat dan bagaimana ia mempengaruhi orang lain dalam masyarakat. Kajian yang dilakukan di Kampung Hulu Chucoh, Sepang ini melihat sejauhmanakah peranan dan pengaruh pemimpin pendapat dalam menggalakkan masyarakat kampung untuk terlibat dalam aktiviti koperasi selain mengenalpasti ciri-ciri tertentu yang ada pada pemimpin pendapat tersebut. Kajian yang bersifat kualitatif ini telah dilaksanakan dengan menemubual secara mendalam individu yang dikenalpasti memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin pendapat dalam bidang koperasi.  Hasil kajian ini mendapati bahawa pemimpin pendapat di kawasan kajian mempunyai ciri-ciri tertentu seorang pemimpin pendapat yang baik kerana beliau adalah seorang yang berpersonaliti menarik, social attributors, mempunyai latar belakang demografi yang baik selain menjadi seorang opinion seeker yang cekap dalam bidang koperasi. Peranan yang dimainkan oleh beliau juga mempunyai impak yang besar ke atas pembangunan koperasi di Kampung Hulu Chuchoh yang disebarkan menggunakan komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Kajian ini akan dapat membantu Kementerian dan Agensi berkaitan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam merangsang pembangunan koperasi dan menggalakkan penyertaan komuniti luar bandar melalui peranan pemimpin pendapat.

_________________________

The concept of opinion leadership has been the subject of numerous researches in a variety of fields, including consumer behavior, social psychology, communications, marketing, and sociology. Most of these studies have attempted to isolate social activity, general attitudes, demographic, personality, and lifestyle characteristics in order to gain a better understanding of who opinion leaders are and how they influence others in the society. Studies conducted in Kampung Hulu Chucoh, Sepang saw the extent of the role and influence opinion leaders in encouraging the villagers to engage in cooperative activities in addition to identifying specific characteristics that exist in the opinion leaders. This study was qualitative in nature by conducting in-depth interview with individual who were identified to meet the characteristics of an opinion leader in the field of cooperatives. The results of this study found that opinion leader in the study area have specific characteristics of a good opinion leader as he had a good personality, excellent social attributors, good demographic backgrounds and an efficient opinion seeker in the field of cooperatives. The role that he played also has a significant impact on the development of cooperatives in Kampung Hulu Chuchoh propagated using verbal communication and non-verbal. This study will assist the Ministry and relevant agencies especially the Malaysian Cooperative Commission in stimulating the development of cooperatives and encourage the participation of rural communities through the role of opinion leaders.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia