KEFAHAMAN DAN PENGALAMAN LITERASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI PAHANG (The Understanding and Experience in Literacy among Orang Asli of Pahang)

Rosniza Aznie Che Rose, Nor Hazlinda Saari, Novel Lyndon

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk [i]mengenal pasti tahap buta huruf mengikut struktur umur masyarakat orang Asli antara umur 15 tahun hingga 65 tahun, [ii]menjelaskan hubungkait kadar buta huruf dengan tahap pendidikan, [iii]membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dan langkah-langkah mengatasinya. Seramai 100 orang responden yang terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang mempengaruhi kadar buta huruf dalam kalangan masyarakat orang asli ialah [i]kemiskinan, [ii] kemudahan infrastruktur [iii] pengangkutan dan perhubungan, [iv] sikap ibubapa dan [v] sikap individu itu sendiri.  Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa langkah yang berkesan seperti [i] pemberian peruntukan dan bantuan oleh pihak  kerajaan, [ii]    perlaksanaan teknik sistem pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang menarik dan berkesan di sekolah, [iii] peranan ibu bapa, [iv] peranan dan sikap individu itu sendiri, dan [v] kempen kesedaran bagi meningkatkan motivasi penduduk setempat. Ia perlulah diambil dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah buta huruf tersebut daripada menjadi masalah yang lebih serius dalam kehidupan masyarakat orang asli demi menjamin kesejahteraan sosial bersama.  

 

 ________________

 

The study aims to [i] identify illiteracy levels according to the age structure of indigenous people between the ages of 15 and 65, [ii] explaining the relationship between illiteracy rate and educational level, [iii] discussing the factors affecting literacy and also a mitigation measures. A total of 100 respondents involved in this study were randomly selected. The findings show that factors affecting illiteracy rates among indigenous communities are [i] poverty, [ii] infrastructure facilities [iii] transportation and accessibility, [iv] parental attitudes and [v] individual attitudes.  However, there are also some effective measures such as [i] allocation of fund and assistance by the government, [ii] implementation of more interesting and effective teaching and learning system techniques in schools, [iii] the role of parents, [iv ] individual roles and attitudes, and [v] awareness campaigns to enhance the motivation of the locals. It should be taken and implemented in addressing the illiteracy problem before it becoming  a more serious problem in the lives of indigenous peoples in order to ensure mutual social well-being.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.