PERANAN PEMIMPIN PENDAPAT DALAM MENGGALAKKAN PENGLIBATAN BELIA MENJAYAKAN AKTIVITI-AKTIVITI KEMASYARAKATAN DI KAMPUNG HULU CHUCHOH, SEPANG (Role of Opinion Leaders in Promoting Youth Engagement towards the Success of Community Activities in Kampung Hulu Chuchoh, Sepang)

Farid Shapie, Harith Zubir, Sufian Saifuddin, Syuhada Baharim, Syafiqa Baharim, Suhana Saad

Abstract


Makalah ini membincangkan berkaitan peranan yang dimainkan oleh pemimpin pendapat dalam menggalakkan penglibatan golongan belia menjayakan aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat di desa. Hasil kajian ini adalah berdasarkan temu bual bersama pemimpin pendapat serta pengalaman permerhatian lapangan di Kampung Hulu Chuchoh, Sepang, Selangor. Secara umumnya adalah didapati masyarakat desa terutama kumpulan belia amat positif serta proaktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program-program yang dianjurkan di kampung tambahan pula Kampung Hulu Chuchoh juga terlibat secara aktif dalam aktiviti homestay. Kesan komunikasi yang berkesan antara pemimpin pendapat dan masyarakat setempat turut menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan terbinanya kemuafakatan antara penduduk kampung. Peranan pemimpin pendapat adalah amat penting dalam sesebuah komuniti atau organisasi kerana kemampuannya mempengaruhi pandangan dan tingkah laku yang akan membawa kepada kejayaan mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh komuniti itu sendiri. 

_____________________

This article discusses the role of the opinion leader in encouraging the youths to actively participate in the community development programs of the village.  Part of the discussion is based on interviews and field observation in Kampung Hulu Chuchoh, Sepang, Selangor. It is found that youths in the village are actively participating and continuously supporting the programs that have been organized by the village leaders.The impact of effective communication between the opinion leader and its community will strengthen the unity of the community. The role of an opinion leader is crucial to influence the people’s opinion and action towards achieving the objectives that has been set by the community.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia