KEPELBAGAIAN DIALEK DALAM BAHASA MELAYU: ANALISIS TATATINGKAT KEKANGAN

Zaharani Ahmad

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk meneliti alternasi fonologi yang didorong oleh kekangan
syarat koda dalam enam dialek daerah bahasa Melayu, iaitu dialek Johor, dialek
Kedah, dialek Perak, dialek Melaka, dialek Kelantan dan dialek Sarawak. Data kajian
dianalisis dengan menggunakan pendekatan berdasarkan kekangan daripada teori
optimaliti (seterusnya TO). Kebanyakan dialek Melayu didapati tidak membenarkan
segmen likuida menduduki posisi koda suku kata. Kehadiran koda segmen yang tidak
digemari ini biasanya ditangani dengan tiga strategi utama, iaitu pengguguran-K,
rumus perubahan fitur, dan peleburan segmen. Setiap dialek Melayu menggunakan
strategi yang berbeza untuk menangani masalah segmen di koda ini yang akhirnya
menghasilkan variasi fonologi dalam dialek-dialek tersebut. Dalam TO pengekangan
sesetengah segmen daripada menduduki posisi koda dikawal oleh kekangan yang
dikenali sebagai SYARAT KODA. Pematuhan SYARAT KODA melalui tiga strategi
yang disebut di atas melibatkan pengengkaran kekangan MAKS-IO, IDENT-IO,
dan UNIFORMITI. Kemunculan pelbagai dialek dalam bahasa Melayu dianalisis
dalam kajian ini sebagai hasil daripada perbezaan tatatingkat kekangan kepurnaan
bentuk yang terdapat dalam nahu sesuatu dialek itu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia