PERUBAHAN BUDAYA ORANG BATEQ DALAM SITUASI EKOPELANCONGAN DI TAMAN NEGARA (Cultural Changes of Bateq People in the Situation of Ecotourism in National Park)

Zuriatunfadzliah Sahdan, Rosniza Aznie Che Rose, Habibah Ahmad

Abstract


Penglibatan etnik peribumi dalam industri pelancongan adalah penting. Keunikan budaya mereka
telah menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepada
peningkatan ekonomi. Namun, kemasukan pelancong mempengaruhi etnik peribumi dalam mengubah
budaya dan cara hidupnya. Artikel ini menyelidiki perubahan budaya orang Bateq yang terlibat dalam
ekopelancongan di Taman Negara berdasarkan teori difusi. Kajian ini dijalankan pada bulan Febuari
2009. Aspek kajian memfokus kepada aspek budaya seperti bahasa, pakaian, pemakanan dan kraf
tangan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menjadikan temu bual dan analisis dokumen
sebagai instrumen utama. Transkrip temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo.
Perisian ini membolehkan tema diwujudkan berdasarkan persoalan kajian untuk memudahkan proses
analisis dan seterusnya mencapai objektif kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini telah
dibuktikan dan disahkan oleh Triangulasi data. Triangulasi dilakukan dengan membandingkan setiap
maklumat dari analisis dokumen, temu bual terhadap peserta kajian dan informan tambahan serta
pemerhatian berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada empat aspek
budaya yang dikaji, hanya satu aspek budaya yang mengalami perubahan iaitu pakaian. Pakaian orang
Bateq telah berubah serta-merta tanpa pengekalan budaya tradisional. Ini berbeza dengan aspek
pemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan masih bercampur dengan budaya asal.
Sebaliknya, tiada sebarang perubahan dalam aspek bahasa dan kraftangan tradisional orang Bateq.
Hal ini menunjukkan bahawa tahap ketahanan budaya orang Bateq adalah tinggi jika dibandingkan
dengan sejarah latar belakang penglibatan mereka dalam ekopelancongan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia