PENILAIAN CIRI FIZIKO-KIMIA TANIH PASIR DI PERSEKITARAN DATARAN BANJIR SG. LANGAT, SELANGOR UNTUK PENANAMAN RUMPUT DAN PERTANIAN ( Physico-chemical Characteristics Assessment of Sandy Soil from Floodplain Environment of Sg. Langat, Selangor for Grass Growing and Agriculture)

Sahibin Abd. Rahim, Wan Mohd. Razi Idris, Zulfahmi Ali Rahman, Tukimat Lihan, Ramlan Omar, Shahrul Rizal Ahmad

Abstract


Kajian ke atas ciri fiziko-kimia pasir dari dataran banjir Sg. Langat telah dilakukan. Sebanyak
tiga stesen persampelan (S1, S2 dan S3) telah dipilih untuk mengambil sampel tanah yang
diuji. Ciri fiziko-kimia yang ditentukan adalah pH, kekonduksian elektrik, kandungan bahan
organik, taburan saiz, ketumpatan, potensi penahanan air dan potensi sejatan. Nilai pH
ditentukan dalam larutan air:tanah dalam nisbah 2.5:1. Kekonduksian elektrik ditentukan dari
ekstrak gipsum tepu. Taburan saiz zarahan ditentukan menggunakan kaedah pipet dan ayakan
kering. Kandungan bahan organik ditentukan dengan kaedah kehilangan menerusi
pembakaran. Kekonduksian hidrolik ditentukan menerusi kaedah jatuhan kepala tekanan.
Evaporasi tanih diukur dari kehilangan berat harian sampel. Ketumpatan pukal dan jumlah
ruang rongga didapatkan secara perkiraan. Penahanan air ditentukan dengan membiarkan
didapatkan dengan membiarkan tanih tepu air menyalir untuk mencapai had basah. Nilai pH
tanih pasir di sekitar 4.93 hingga 5.57. Nilai kekonduksian elektrik adalah di bawah 3.4
mS.cm-1. Tanih didominasi oleh saiz pasir sangat halus dan pasir halus dengan kandungannya
di S1, S2 dan S3 masing-masing 28.5, 29.5 dan 25.0% dan 38.1, 23.2 dan 24.2%. Kandungan
pasir yang tinggi menyebabkan air dipegang oleh butiran pasir dengan sedutan yang rendah
iaitu dari -0.19 hingga -1.67 bar. Ketumpatan pukal tanih adalah sederhana dan kandungan
bahan organiknya sangat rendah (<1%). Kandungan ruang rongga adalah di sekitar 55%.
Kandungan air pada had basah adalah antara 51 hingga 59%, manakala kandungan udara
pada had basah adalah dari 41 hingga 49%. Berdasarkan ciri tanih di atas, rumput serta
tanaman lain yang ditanam pada tanih ini dijangka mengalami masalah kedapatan air yang
rendah jika penyiraman tidak dilakukan secara kerap.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia