KEPERLUAN, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN PERANCANGAN PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (The needs, Importance and Contributions of Educational Planning in the Development of Malaysian Economy)

Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad, Noraziah Ali

Abstract


Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak
memuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Perancangan pembangunan negara
bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) sehingga Rangka Rancangan
Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3) yang meliputi dasar utama pembangunan seperti Dasar Ekonomi
Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Sehingga
kini semua dasar telah menampakkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan
telah diperincikan melalui rancangan lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,
struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan
memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik.
DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara. Sebelum tahun 1970,
sebilangan besar bumiputera lemah dalam pendidikan menyebabkan hanya segelintir sahaja yang
mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan bagi memenuhi gunatenaga mahir manusia dalam
berbagai-bagai profesion yang diperlukan. Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah
kunci kepada peningkatan daya saing negara. Kertas kerja ini menganalisis kepentingan sektor
pendidikan dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun dan sumbangannya kepada
pembangunan ekonomi negara. Kajian empirik juga dilakukan untuk menentukan kesan keberkesanan
perbelanjaan pendidikan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajian
mendapati dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun bermula dari Rancangan Malaysia
Pertama hingga ke rancangan terkini, aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia memang
sentiasa ditekankan. Dasar pembangunan sumber manusia terutama sekali bahagian pendidikan dan
latihan menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dengan peralihan ekonomi Malaysia daripada
intensif buruh kepada intensif modal dan intensif teknologi. Peruntukan yang tinggi juga telah
diberikan kepada sektor ini dan telah memberikan banyak kesan positif seperti pengurangan
kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat bagi menegakkan DEB, DPN dan DWN.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia