POLA BEKERJA SAMBILAN KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH MELAKA TENGAH DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PRESTASI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH (Part-Time Working Trend Among the Secondary Students in the District of Melaka Tengah and its Implication to Their Learning Performance in School)

Noraziah Ali, Ranimah Yusuf, Hasnah Ali

Abstract


Perkembangan pesat Daerah Melaka Tengah yang berkait rapat dengan urbanisasi dan
globalisasi telah menjana banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi. Pelajar
sekolah menengah adalah sebahagian daripada tenaga kerja sambilan yang telah mengisi
jawatan kosong di pelbagai kompleks membeli-belah, gerai makanan, bengkel, kilang dan
sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola pekerjaan pelajar dan implikasinya
terhadap pendidikan pelajar di Melaka Tengah. Seramai 126 pelajar yang dipilih secara
purposif di lima buah sekolah menengah telah dikajiselidik di sekitar pertengahan tahun
2007. Kajian mendapati sebahagian besar responden bekerja dalam sektor perkhidmatan
secara sambilan, iaitu selepas habis sekolah, pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.
Dengan bekerja mereka berhadapan dengan kekangan masa dan fizikal untuk melakukan
aktiviti pembelajaran di luar masa sekolah seperti mengulangkaji, menyiapkan kerja sekolah
di rumah, kokurikulum dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pendapatan yang perolehi
pelajar daripada pekerjaan sambilan didapati membantu ekonomi keluarga, memenuhi
keperluan kendiri dan menimbulkan rasa keyakinan diri kepada mereka. Banyak isu
berbangkit berhubung dengan senario ini. Misalnya terdapat pelajar yang terpaksa bekerja
untuk menampong kewangan keluarga kerana kemiskinan, dan ramai juga pelajar terdorong
bekerja untuk membeli peralatan moden (telefon bimbit, baju berjenama, top-up dll) untuk
gaya hidup semasa, dan paling serius ialah mereka kurang fokus terhadap pelajaran.
Justeru, fenomenon pelajar bekerja sambilan dibimbangi menggugat pendidikan mereka.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia