PERTUKARAN AGAMA DAN KESANNYA TERHADAP KOMUNITI: SATU SOROTAN TERHADAP KES-KES MURTAD DAN MASUK ISLAM DI MALAYSIA (The Change Of Religion And Its Impact On The Community: A Detail Explanation On The Cases Of Apostates And Muslim Converts In Malaysia)

Siti Zaleha Ibrahim, Nur Sarah Tajul Urus, Dr. Mohd Faisal Mohamed

Abstract


Penulisan ini menganalisis tanggapan masyarakat terutamanya pihak keluarga dalam kes-kes pertukaran agama. Beberapa kes murtad dan masuk Islam seperti kes Natrah, Lina Joy, Muhamad Abdullah dan Nyonya Tahir dianalisa bagi menjustifikasikan berlakunya pertukaran agama. Penulisan ini juga mengandungi penelitian terhadap pendekatan yang diambil oleh para hakim Mahkamah Syariah dalam kes-kes berkaitan ketika membuat pertimbangan terhadap pertukaran agama melalui kes-kes murtad dan masuk Islam. Kajian secara kualitatif ini menggunakan satu metode utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan sorotan kes-kes pertukaran agama di samping mengetengahkan kesankesannya terhadap komuniti.Bagi membantu institusi perundangan untuk berlaku adil terhadap pihak-pihak yang terlibat, maka kajian ini mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan piawaian pertukaran agama dan kesannya terhadap komuniti setempat. Kajian ini turut mengandungi cadangan agar isu-isu berkaitan pertukaran agama diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia