IMBUHAN TER- DARI PERSPEKTIF TEORI RELEVANS (Affix Ter- From Relevance Theory Perspective)

Norhasliza Ramli, Zeckqualine Melai

Abstract


Umum sudah mengetahui bahawa, setiap imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang berbeza. Penelitian makna pada peringkat semantik semata-mata belum cukup untuk membantu dalam mentafsir sesuatu makna imbuhan. Pengaplikasian ilmu semantik dan ilmu pragmatik didapati sangat membantu dalam penginterpretasian makna imbuhan seperti yang disarankan dalam Teori Relevans. Oleh itu dalam makalah ini, pengkaji memaparkan makna imbuhan ter- berdasarkan perspektif penahu-penahu lepas. Kemudian, perbandingan dibuat menggunakan data korpus Harakah yang lebih besar untuk melihat kerelevanan makna imbuhan ter- itu sendiri. Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa gabungan antara ilmu semantik dan ilmu pragmatik mampu memperlihatkan wujudnya interaksi antara dua ilmu tersebut untuk mendapatkan makna imbuhan ter- dengan lebih jelas. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat makna yang tidak khusus ditemui menerusi imbuhan awalan ter- bersandarkan data korpus. Dengan pendekatan pragmatik, khususnya TR, maka makna ayat yang diimplikasikan oleh imbuhan ter- ini dapat diinterpretasi dengan baik dan berpada.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.