INISIATIF DAN USAHA GURU DALAM MENINGKATKAN PENGETAHUAN SEMASA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (Teachers’ Initiatives and Efforts to improve knowledge in using teaching aids)

Mohd Amin Mohd Noh, Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Muhammad Syakir Sulaiman, Murihah Abdullah

Abstract


Kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar menjadi keutamaan setiap guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Inisiatif dan usaha guru dalam meningkatkan pengetahuan semasa untuk mengendalikan bahan bantu mengajar menjadi faktor penting dalam memastikan penyampaian yang efektif. Kajian deskriptif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes berdasarkan pendekatan kualitatif iaitu temu bual mendalam, pemerhatian, dan analisis dokumen. Responden adalah dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah bestari terpilih. Ini kerana secara persepsi guru Pendidikan Islam merupakan antara golongan guru yang mempunyai kelemahan dalam mengendalikan bahan bantu mengajar terutama berkaitan teknologi komputer. Kajian ini seterusnya membuktikan bahawa inisiatif dan usaha kebanyakan guru Pendidikan Islam bersumberkan perbincangan dengan rakan, cuba jaya dan internet. Ini disebabkan sumber-sumber tersebut merupakan akses paling mudah diperoleh secara konsisten dan cepat kerana kekangan masa guru Pendidikan Islam ketika di sekolah mahupun di luar waktu sekolah. Manakala sumber buku kurang dijadikan rujukan disebabkan oleh kekurangan sumber buku yang berkaitan dalam pusat sumber sekolah dan sebahagian besar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, guru Pendidikan Islam secara keseluruhannya mempunyai inisiatif dan usaha untuk meningkatkan pengetahuan semasa berkenaan bahan bantu mengajar disebabkan faktor keperluan kerjaya selain keinginan untuk memajukan diri.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.