PENGUASAAN BAHAN BACAAN BAHASA ARAB MELALUI TEKNIK MEMBACA SQ3R (The mastery of Arabic reading materials through SQ3R reading technique)

Awatif Abdul Rahman, Hairun Najuwah Jamali, Ku Fatahiyah Ku Azizan, Siti Nurhajariah Mat Isa

Abstract


Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia telah meletakkan matlamat membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran asas bahasa antaranya ialah kemahiran membaca. Penggunaan teknik yang sesuai akan memudahkan kefahaman pelajar di samping memaksimumkan kemahiran yang diperolehi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi panduan pengajaran bahasa Arab kepada pensyarah bagi membantu pelajar menguasai kemahiran membaca. Kajian ini adalah berbentuk satu kajian tindakan. Seramai 90 orang pelajar tahun 1 terlibat dalam kajian ini. Instrumen-instrumen yang digunakan sebagai alat pengumpulan data ialah senarai semak, pemerhatian dan soal selidik. Hasil dapatan kajian tindakan yang dijalankan mendapati bahawa tahap kemahiran membaca pelajar berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, strategi dan teknik yang diaplikasi ini dapat membantu pelajar meningkatkan minat pelajar dalam menguasai kemahiran membaca bahasa Arab pelajar. Skor min domain kajian berada pada tahap interpretasi yang tinggi. Skor keseluruhan bagi domain kemahiran membaca (min = 3.74, sp = 0.34), penguasaan bahan bacaan (min = 3.49, sp = 0.51). Justeru, dapatan kajian ini telah mencadangkan modul P&P kemahiran bahasa Arab antaranya kemahiran membaca sebagai garis panduan kepada tenaga pengajar bahasa Arab yang mengajar kemahiran asas bahasa Arab untuk diaplikasi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.