PENJANAAN EKONOMI PENGALAMAN DALAM SEKTOR KESIHATAN: KAJIAN KES BANDAR BARU BANGI (Experience Economy In The Health Sector: A Case Study in Bandar Baru Bangi)

Noor Alyani Nor Azazi, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

Abstract


Institusi pengajian tinggi adalah aset penting sebagai penjana pembangunan sektor ekonomi bandar. Sektor pendidikan dan ekonomi saling berhubung kait dalam menjana pelbagai sektor ekonomi. Sektor kesihatan adalah antara sektor perkhidmatan yang asas dalam pembangunan bandar. Ekonomi pengalaman, satu terma baharu dalam dunia ekonomi terbahagi kepada empat elemen iaitu pendidikan, hiburan estetika dan escapist (Pine dan Gilmore 1998). Dalam konteks ekonomi pengalaman, sektor kesihatan dilihat dapat mempraktikkan dasar ekonomi baru ini dan elemen-elemen ekonomi pengalaman akan lebih memajukan lagi perkhidmatan sektor ini. Tujuan makalah ini adalah untuk menilai tahap pencapaian ekonomi pengalaman dalam sektor kesihatan dengan memfokuskan pengusaha premis kesihatan di kawasan kajian iaitu Bandar Baru Bangi yang terkenal dengan status Bandar Ilmu. Kajian dilakukan melalui kaedah pemerhatian, pengedaran soal selidik dan temubual bersama 30 orang pengusaha premis dengan menggunakan persampelan bertujuan. Berdasarkan analisis data, dapat dilihat pengalaman estetika dan pendidikan paling banyak ditonjol oleh premis pengusaha manakala pengalaman hiburan hanya ditonjolkan pada tahap sederhana. Pengalaman estetika melibatkan penglibatan pasif dan proses immersion iaitu pengalaman yang dibawa dalam bentuk fizikal dan pengalaman ini paling banyak ditonjol kerana berlaku banyak interaksi antara pengusaha dan pelanggan dan premis juga menyediakan persekitaran yang selesa. Manakala pengalaman pendidikan lebih banyak melibatkan penglibatan aktif dan proses absorption di mana proses ini membawa pengalaman ke dalam minda pelanggan. Pengalaman ini berjaya ditonjolkan melalui proses konsultansi kesihatan di antara pengusaha dan pelanggan. Sektor kesihatan perlu memperbaiki mutu perkhidmatan berserta fasiliti di premis mereka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.