FAKTOR-FAKTOR PENENTU KESEJAHTERAAN KEWANGAN PEKERJA DI MALAYSIA (Determinant Factors of Financial Well-being of Workers in Malaysia)

Zaimah R., Abd Hair Awang, Sarmila M.S

Abstract


Artikel ini bertujuan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam sektor awam di Malaysia.  Reka bentuk kuantitatif menggunakan kaedah survei diaplikasikan dalam kajian ini.  Sampel kajian terdiri daripada pekerja berkahwin dalam sektor awam, iaitu fokus kepada pekerja yang mempunyai suami atau isteri yang juga bekerja (keluarga dwi-pendapatan).  Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri.  Sejumlah 415 responden terlibat dalam kajian ini.  Analisis regresi pelbagai digunakan bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan responden.  Hasil kajian menunjukkan umur, pendapatan bulanan, pemilikan rumah, bilangan produk kewangan, sumbangan pendapatan dalam keluarga, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan suami mempunyai hubungan dengan tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia