MAKNA BUDAYA ORGANISASI ISLAM: KAJIAN KE ATAS PEKERJA BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). ( Meaning Of The Organization Of Islamic Culture: Study On Workers Of Bank Islam Malaysia Berhad (Bimb))

Rosfazila Binti Abd Rahman, Novel Anak Lyndon, Abd Hair Awang, Azlina Abdullah

Abstract


Isu utama kajian ini ialah untuk memahami makna budaya organisasi Islam menurut pandangan para pekerja Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan temu bual mendalam. Sejumlah sepuluh informan iaitu lima informan dalam kalangan kumpulan pegawai dan lima informan lagi dalam kalangan kumpulan pengurusan telah ditemubual dalam kajian ini. Data telah dianalisis secara penyaringan data, pemaparan data dan membuat kesimpulan serta verifikasi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima kriteria asas dalam memahami makna budaya organisasi menurut pandangan para pekerja BIMB iaitu falsafah, prinsip, operasi, produk dan perkhidmatan di BIMB. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor-faktor seperti integriti tinggi terhadap prinsip-prinsip syariah sebagai elemen Islamiah ke dalam aspek-aspek seperti kepimpinan pengurusan, pembangunan kakitangan, penawaran produk perbankan Islam dan khidmat pelanggan adalah penyumbang terbesar ke atas memaknai budaya organisasi Islam di BIMB. Kesimpulannya, kajian memperlihatkan budaya organisasi Islam BIMB telah menepati hampir kesemua kriteria asas budaya organisasi Islam. Implikasinya, terdapat beberapa aspek penambahbaikan seperti aspek-aspek berhubung kepimpinan, pengembangan dan inovasi produk dan perkhidmatan, penetapan penanda aras terhadap produk secara konsisten dan menjadi pelopor dalam banyak perkara, penghantaran perkhidmatan dan aspek penambahan cawangan yang masih perlu diberi perhatian demi kelangsungan budaya organisasi Islam BIMB dalam mencapai matlamat perbankan berlandaskan syariah.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia