KEPUASAN PESAKIT TERHADAP FAKTOR NYATA DALAM KUALITI PERKHIDMATAN KESIHATAN (Patient Satisfaction Towards Tangible Factor In Health Service Quality)

Nik Raihan Nik Mansor, Kadir Arifin, Amirul Shazli Sahimi

Abstract


Isu seperti kepuasan pesakit menjadi satu perkara yang penting terutamanya bagi penyedia perjagaan kesihatan dan pesakit kerana peningkatan dalam keperluan perkhidmatan kesihatan.  Bilangan pesakit yang tinggi terutamanya warga universiti dan termasuk tanggungan serta orang luar yang turut mendapatkan perkhidmatan di Pusat Kesihatan UKM boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan terutamanya terhadap faktor nyata iaitu persekitaran dan kemudahan penjagaan kesihatan yang disediakan.  Kajian ini bertujuan untuk mengukur kepuasan pesakit terhadap faktor nyata dalam kualiti perkhidmatan kesihatan di Pusat Kesihatan UKM, Bangi, Selangor.  Seramai 346 orang responden yang terdiri daripada pelajar, kakitangan, tanggungan dan orang luar yang mendapat rawatan di Pusat Kesihatan UKM telah dipilih secara persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan pesakit terhadap faktor nyata dalam kualiti perkhidmatan kesihatan di Pusat Kesihatan UKM berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhannya.  Justeru itu, berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, diharapkan dapat membantu Pusat Kesihatan UKM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan demi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia