PENGURUSAN KAMPUNG TRADISIONAL DI KAMPUNG MORTEN MELAKA (Traditional Village Management: A Case Study In Kampung Morten, Melaka)

Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M., Rosmiza MZ, Novel Lyndon

Abstract


Kajian mengenai pengurusan kampung tradisional yang dijalankan terhadap penduduk setempat melibatkan pemilik di setiap rumah kediaman yang terdapat di Kampung Morten, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kaedah kajian ini menggunakan borang soal selidik dengan mengambilkira 89 orang responden yang mana kesemuanya diwakili oleh pemilik rumah kediaman yang terdapat di Kampung Morten dan terdiri daripada 80 orang pemilik rumah kediaman biasa dan sembilan orang lagi daripadanya merupakan pengusaha homestay. Hasil kajian mendapati bahawa min usia rumah kediaman responden berada dalam julat antara 50 hingga 59 tahun. Pengurusan rumah tradisional yang dijalankan di Kampung Morten mengambilkira penelitian dan perincian terhadap beberapa aspek utama iaitu dari segi ekonomi, sosial dan juga persekitaran. Penglibatan komuniti dalam pembangunan homestay yang berasaskan rumah tradisional adalah rendah iaitu 10.1 peratus. Hal sedemikian ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden terhadap pemeliharaan dan pengekalan warisan rumah tradisional ini sememangnya bukan didorong daripada pembangunan program homestay. Sebaliknya, tahap pengetahuan dan kesedaran ini wujud melalui pematuhan terhadap sistem pengurusan kampung tradisional yang kemudiannya telah menggalakkan penduduk tempatan untuk membina rumah berkonsepkan rumah tradisional bagi meninggikan martabat kampung tradisional yang kaya dengan adat resam dan budaya orang Melayu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.