PENDEKATAN TEORI KELAKUAN PENGUNDI DAN PILIHAN POLITIK DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) JELAWAT, BACHOK, KELANTAN (Theoretical Approach Of Behavior Voter And Political Choice In The State Assembly Of Jelawat, Bachok, Kelantan)

Junaidi Awang Besar, Mazlan Ali, Novel Lyndon, Ahmad Afif Zulkipli

Abstract


Golongan pengundi merupakan salah satu komponen yang penting dalam pilihan raya. Memahami tingkah laku dan corak pengundian oleh pengundi akan membantu pihak-pihak yang bertanding dan memenangi sesuatu pilihan raya. Pelbagai faktor yang dikaitkan bagaimana corak pengundian ini berlaku seperti faktor geografi, sosiologi, psikologi, etnik, kelas dan sebagainya. Secara umum, terdapat tiga pendekatan model/teori kelakuan pengundi yang telah dilakukan pengkaji-pengkaji di Barat iaitu model sosiologikal, teori identifikasi parti dan teori pilihan rasional. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pendekatan kelakuan pengundi terhadap pilihan parti politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (N22) Jelawat, Bachok, Kelantan. Beberapa kaedah kajian telah digunakan iaitu penyelidikan kepustakaan dan soal selidik terhadap 200 orang responden di tiga kawasan daerah mengundi terpilih berdasarkan lokasi geografi perbandaran iaitu bandar, separa bandar dan juga luar bandar dalam N22 Jelawat. Hasil kajian mendapati pendekatan teori kelakuan pengundi yang paling diutamakan di N22 Jelawat adalah teori pilihan rasional iaitu pengundi akan memberi undi kepada parti atau calon yang paling berkemungkinan dapat memuaskan tuntutan mereka dengan berpandukan maklumatmaklumat dan pengetahuan terhadap sesuatu pilihan itu. Majoriti responden menyokong BN pada PRU-13 dan akan terus menyokong BN pada PRU-14 akan datang. Responden juga menyatakan peluang BN untuk menawan Kelantan pada PRU akan datang adalah tipis sebaliknya majoriti menyatakan tidak pasti. Justeru, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan kepada semua pihak sama ada pihak parti politik mahupun kerajaan untuk meneliti isu dan permasalahan yang berlaku di kawasan kajian agar pihak yang terlibat lebih peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaiknya.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia