UNIVERSITI, PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENUMPUAN RUANG KOMUNITI BERPENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA: SUATU ULASAN KRITIS (University, Human Capital Development and Convergence of Space of Highly Educated Community in Malaysia: A Critical Commentary)

Norain Mat Lazim, Nooriah Yusof

Abstract


Modal insan terutamanya yang berpendidikan tinggi telah diakui sebagai komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi kontemporari. Ini adalah berikutan kemajuan pesat teknologi dan peningkatan persaingan akibat globalisasi yang telah membawa perubahan besar kepada pasaran buruh dan peningkatan pesat permintaan terhadap pendidikan tinggi. Kebanyakan teori pertumbuhan ekonomi moden turut mengakui wujudnya hubungan positif di antara modal insan dengan pembangunan ekonomi dan kesediaadaan sumber buruh berpengetahuan dapat menyumbang kepada kelebihan daya saing lokasi. Pelaburan dalam pendidikan tertiari dan perluasan peluang mendapatkan pendidikan tinggi telah menjadi antara polisi utama dalam pembangunan wilayah di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Sejarah perkembangan sektor pendidikan tinggi di negara ini telah menunjukkan transformasi yang ketara baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Walaupun demikian, komuniti berpendidikan tinggi tersebut masih mewakili peratusan yang kecil populasi negara dan taburan modal insan ini dari segi geografi masih tidak banyak diketahui. Artikel ini akan membincangkan pola dan trend pendidikan tinggi serta penumpuan ruang komuniti berpendidikan tinggi (tertiari) di Malaysia berdasarkan data statistik yang diperoleh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Data yang diperoleh dalam bentuk statistik tersebut diubahsuai dan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan rajah. Selain itu, bagi menunjukkan taburan IPT yang terdapat di Malaysia dengan lebih berkesan, peta Malaysia digunakan dengan melabelkan setiap IPTA dan IPTS utama yang terdapat di negeri berkenaan. Dengan ini, pengelompokan dan taburan IPT di negara ini dapat dilihat dengan lebih jelas dan mudah. Hasil menunjukkan terdapat hubungan yang selari antara kemajuan sesebuah negeri dengan taburan IPT yang terdapat di negeri berkenaan. Selain itu, perbincangan juga akan menyentuh tentang peranan, perkembangan dan cabaran universiti dalam melahirkan komuniti berpendidikan tinggi di negara ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia