STRES DI TEMPAT KERJA: ISU GLOBAL DALAM MELESTARIKAN ORGANISASI (Stress at the Workplace: Global Issues in Organizations Sustainability)

Zafir Mohd Makhbul, Nor Liza Abdullah, Noor Azuan Hashim

Abstract


Masalah stres di tempat kerja seharusnya tidak dipandang ringan oleh organisasi dan ia merupakan isu global yang memberi impak yang besar terhadap produktiviti organisasi. Stres juga merupakan isu utama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tinjauan literatur jelas menunjukkan bahawa masalah stres di tempat kerja sering dikaitkan dengan kos dan produktiviti organisasi. Sebenarnya, stres di tempat kerja bukanlah satu fenomena baru dalam persekitaran pekerjaan. Ia wujud dalam setiap organisasi dan tiada siapa boleh mengelak daripada stres. Isu stres di tempat kerja ini mendapat perhatian utama organisasi-organisasi di Jepun dan Amerika Syarikat kerana masalah ini amat berkaitan dengan prestasi organisasi keseluruhannya. Di England dan Wales, stres di tempat kerja merupakan antara 3 kategori penyakit terbesar yang disebabkan oleh persekitaran pekerjaan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan bahawa masalah stres di tempat kerja akan menjadi ancaman utama kepada tahap kesihatan manusia menjelang tahun 2020. Stres bukanlah masalah pekerjaan yang perlu dipandang remeh. Walaupun setiap pekerja di seluruh dunia akan mengalami masalah ini, namun persoalannya, mampukah pekerja bertahan apabila stres menjadi tidak terkawal. Inilah isu yang perlu diberi perhatian serius oleh setiap organisasi di dunia. Tambahan pula, perubahan teknologi, sosial dan ketidaksinambungan dalam sektor pekerjaan menjadikan masalah stres sebagai isu global yang serius.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia