PERANAN PERHUBUNGAN AWAM DAN KOMUNIKASI KRISIS: KAJIAN TERHADAP KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM PENANGANAN WABAK SARS (The role of public relations and communication crisis: a study on handling of SARS outbreak by ministry of health Malaysia)

Shahrul Nazmi Sannusi, Kamaliah Siarap

Abstract


Wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) muncul buat pertama kalinya pada 16 November 2003 di wilayah Guangdong China dan telah meragut 774 nyawa di seluruh dunia. Keadaan ini telah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat global ekoran penularan wabak ini yang semakin pantas dan sukar dikawal. Kemunculan wabak yang baharu ini telah mendapat publisiti besar dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Kertas ini bertujuan untuk memerihalkan peranan perhubungan awam KKM  dalam menguruskan krisis atau isu wabak SARS. Ia juga melihat maklumat yang disampaikan oleh KKM kepada media massa untuk mengurangkan kekeliruan dan ketakutan  publik. Kertas ini juga akan membentangkan pengajaran dan cadangan-cadangan yang diperolehi hasil dari penanganan krisis SARS ini. Kaedah temubual  mendalam telah diadakan dengan Ketua Bilik Gerakan SARS Kebangsaan  dan kaedah analisis kandungan beberapa akhbar tempatan telah dibuat  sepanjang tempoh isu SARS ini berlangsung dari bulan Mac 2003 hingga September 2003. Model Dinamik Krisis telah di gunakan untuk menilai keberkesanan cara penanganan krisis ini oleh KKM. Hasil kajian ini mendapati bahawa peranan perhubungan awam dapat memudahkan penanganan isu ini. Berbagai strategi dan taktik komunikasi dalam amalan perhubungan awam telah dilaksanakan oleh Bilik Gerakan SARS Kebangsaan untuk sebaran maklumat. KKM juga telah menggunakan media untuk membekalkan publik dengan informasi yang relevan untuk memudahkan proses penanganan krisis ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.