PEMBANGUNAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR): IMPAK GEOPOLITIK DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DALAM PILIHAN RAYA UMUM 2004, 2008 DAN 2013 (DEVELOPMENT OF PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali

Abstract


Taburan geografi penduduk di Malaysia masih lagi mengikut kelompok kumpulan kaum dan wilayah. Keadaan ini dimanifestasikan melalui pembangunan petempatan sama ada di luar bandar, bandar-bandar kecil dan bandar raya. Hal ini memberi kesan terhadap kelas sosial, hak milik antara kaum, dan fahaman politik. Dominasi sesuatu kaum di kawasan tertentu menjadikan kaum itu lebih kuat dari aspek kekuasaan politik dan mempengaruhi kaum calon atau pemimpin yang akan bertanding dalam pilihan raya. Justeru, tujuan artikel ini adalah untuk menganalisis kesan pembangunan perumahan kepada hak milik dan impak geopolitik di Kuala Lumpur. Berdasarkan data sekunder daripada pihak berkuasa perumahan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), didapati pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) telah mewujudkan seterusnya menambahkan kuasa undi/geopolitik di kawasan-kawasan di Kuala Lumpur. Orang Melayu ramai menghuni rumah-rumah kos rendah di bawah kendalian kerajaan namun bagi rumah kos tinggi pula didominasi oleh kaum Cina dan hanya segelintir sahaja orang Melayu mendiami rumah kos tinggi. Justeru, semestinya bagi kawasan majoriti kaum tertentu, mereka ingin wakil rakyat di kalangan kaum mereka dan ini menunjukkan sikap etnisiti terus mewarnai senario sosial dan politik di Kuala Lumpur khasnya dan di Malaysia amnya.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia