PENGLIBATAN DAN MOTIVASI KESUKARELAWANAN: KE ARAH MEMUPUK SEMANGAT KESUKARELAWAN DALAM KALANGAN MAHASISWA (The Involvement and Motivation of Volunteerism: Toward Nurturing the Spirit of Volunteerism among Students)

Fauziah Ibrahim, Aizan Sofia Amin, Tharshini A/P Sivabalan

Abstract


Kajian terhadap pengenalpastian penglibatan dan motivasi mahasiswa dengan kerja-kerja berbentuk kesukarelawanan amat diperlukan untuk penyediaan maklumat asas kepada pihak pentadbir institusi pengajian tinggi dalam merangka program berbentuk kesukarelawanan yang boleh menarik minat mahasiswa untuk memberi sumbangan dalam bentuk khidmat masyarakat kepada komuniti yang memerlukan. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengenal pasti latarbelakang dan penglibatan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerja-kerja kesukarelawanan dan (2) mengenalpasti hubungan antara motivasi menjalankan kerja-kerja kesukarelawan dengan jantina dan tahun pengajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ‘SPSS for Windows’. Seramai 100 orang mahasiswa yang sedang menuntut di UKM telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya, majoriti dalam kalangan mahasiswa yang terlibat dalam kajian ini pernah terlibat (89%) menjalankan kerja-kerja sukarelawan. Tempoh keterlibatan mereka dengan kerja-kerja sukarelawan adalah masih baharu iaitu kurang daripada enam bulan (38%). Majoriti daripada mereka mengakui merasa puas dan seronok ketika melibatkan diri dengan kerja-kerja berbentuk kesukarelawanan (89 peratus). Faktor ingin membantu masyarakat (39 peratus) dan ingin mencari pengalaman baru (33 peratus) dikenalpasti sebagai faktor keterlibatan utama mereka dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan. Analisis korelasi kajian mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi untuk menjadi sukarelawan dengan faktor jantina (r=0.621, p<0.05) dan tahun pengajian (r=0.576, p<0.05). Hasil kajian memberi implikasi ke arah keperluan perancangan program sukarelawan dan khidmat masyarakat yang lebih strategik oleh pihak pentadbir universiti bagi memupuk semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.