HUBUNGAN TINGKAHLAKU KEPEMIMPINAN DENGAN BUDAYA KERJA 5S DALAM SEKTOR AWAM

Nurzakira Afnee Zakaria, Wan Idros Wan Sulaiman, Maizatul Haizan Mahbob

Abstract


Kepimpinan yang efektif melambangkan kejayaan sesebuah jabatan kerajaan. Tingkah laku kepemimpinan yang sesuai dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai suatu yang amat penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi tersebut. Pembentukan budaya kerja 5S yang cemerlang bergantung pada tingkah laku kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Penggunaan tingkah laku kepimpinan yang sesuai akan membantu organisasi untuk membentuk budaya kerja 5S dengan lebih berkesan. Kajian ini memfokuskan kepada hubungan tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam sektor awam di Putrajaya. Dalam konteks ini, kajian tertumpu kepada organisasi sektor awam yang memfokuskan kepada empat tingkah laku kepimpinan iaitu kepimpinan berorientasikan arahan, kepimpinan berorientasikan sokongan, kepimpinan berorientasikan penyertaan dan kepimpinan beorientasikan pencapaian yang berasaskan kepada Teori Laluan Matlamat yang diasaskan oleh Robert House pada tahun 1971. Kajian rintis dijalankan dan nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.96. Pengedaran borang soal selidik melibatkan 156 responden yang terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dan hasil kajian mendapati bahawa semua hipotesis diterima dan ini bermakna bahawa pembolehubah tingkah laku kepemimpinan dalam kajian ini mempunyai hubungan yang positif dengan budaya kerja 5S Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, pendekatan tingkah laku kepemimpinan yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan budaya kerja 5S.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia