TAHAP PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP LATIHAN KEMAHIRAN DI MALAYSIA

Khadijah Alavi, Rahim Md. Sail

Abstract


Latihan kemahiran merupakan teras utama dalam membentuk modal insan berkemahiran tinggi, bertaraf global dan memenuhi kehendak pasaran. Tujuan artikel ini ialah mengukur tahap penerimaan dalam masyarakat terhadap latihan kemahiran di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif (temubual mendalam hanya bagi Orang Asli). Seramai 1320 responden yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati bahawa 65 peratus pelajar dan ibu bapa masih memilih pendidikan akademik berbanding dengan latihan kemahiran dalam persediaan mereka untuk kerjaya pada masa akan datang. Daripada 35 peratus memilih bidang kemahiran meminati, katering dan kulinari (chef) menduduki tempat teratas dengan 21.3%, diikuti bidang mekanikal dengan 18.1%, perhotelan dengan 15.3% dan teknologi ICT dengan 11.9%. Manakala tahap pengetahuan tentang latihan kemahiran juga rendah mengikut etnik iaitu nilai min antara 2.47 hingga 2.57, yang memberi impak kepada tahap penerimaan latihan kemahiran dalam masyarakat juga rendah. Hasil kajian ini memberi implikasi kearah peningkatan modal insan berkemahiran tinggi yang boleh bersaing dalam pasaran global. Kajian ini mencadangkan kempen berterusan menggunakan media massa adalah satu strategi bagi meningkatkan tahap penerimaan masyarakat terhadap pentingnya latihan kemahiran sebagai negara berekonomi maju dan modal insan yang berkemahiran tinggi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia