Pengalaman dan Cabaran Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan Kecerdasan Buatan Sebagai Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran

Muhammad Adnan Pitchan, Syaherah Azmi

Abstract


Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era digital telah membawa dimensi baharu kepada pendidikan tinggi, khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Walaupun AI diyakini berupaya meningkatkan kecekapan, kreativiti serta keberkesanan pedagogi, tahap penerimaannya dalam kalangan pensyarah masih berdepan dengan pelbagai cabaran. Sebahagian pendidik masih berhati-hati dalam penggunaannya kerana wujud kebimbangan terhadap implikasi akademik dan kesannya terhadap proses pengajaran.  Oleh itu, penting untuk meneliti pengalaman sebenar pensyarah dalam mengintegrasikan teknologi ini, di samping mengenal pasti bentuk cabaran yang mereka hadapi agar penyelesaian yang lebih praktikal dapat dirangka bagi menyokong keberkesanan pengajaran serta kelestarian penggunaan AI dalam konteks pendidikan tinggi. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan pengalaman dan cabaran pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mengintegrasikan AI sebagai alat bantu pengajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam melibatkan enam orang pensyarah daripada enam fakulti berbeza dan mereka dipilih secara purposif berdasarkan pengalaman penggunaan AI. Data temu bual yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman pensyarah dalam menggunakan AI merangkumi pelbagai aspek, antaranya mempercepatkan proses penyediaan bahan pengajaran, membantu mereka menghasilkan bahan yang lebih kreatif dan menarik serta berperanan sebagai alat yang mengukuhkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri. Pada masa yang sama, AI turut berfungsi sebagai medium yang mendorong penglibatan pelajar secara lebih aktif dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa pensyarah berhadapan dengan beberapa cabaran penting termasuk isu berkaitan ketepatan maklumat yang dijana, kebimbangan mengenai etika dan risiko plagiarisme, ketiadaan polisi institusi yang jelas serta tahap pendedahan dan latihan yang masih tidak mencukupi.

 

Kata kunci: Kecerdasan buatan, pedagogi interaktif, literasi teknologi, inovasi digital, transformasi pendidikan.


https://doi.org/10.17576/JKMJC-2025-4103-17


Full Text:

PDF

References


Arriazu, R. (2025). The daunting challenge of Artificial Intelligence in Education: A systematic literature review. Journal of e-Learning and Knowledge Society, 21(1), 236-244. https://doi.org/10.20368/1971-8829/1135992

Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa

Cui, P., & Alias, B. (2024). Opportunities and challenges in higher education arising from AI: A systematic literature review (2020–2024). Journal of Infrastructure, Policy and Development, 8(11), 8390.

Ji, C., Dong, M., Li, D., Wang, L., Hou, J., & Niu, Y. (2025). Research on the path to improve the teaching ability of college teachers based on artificial intelligence. LatIA, 3(135). https://doi.org/10.62486/latia2025135

Lauria, M. (2023). Reviewing peer review: A flawed system with immense potential. Publishing Research Quarterly, 39, 178–190. https://doi.org/p7g2

Lim, J. O., Barkhuff, G., Awuah, J., Clyde, S., Sogani, R., Gardner-McCune, C., Touretzky, D., & Uchidiuno, J. O. (2025). Escape or D13: Understanding youth perspectives of AI through educational game co-design. CHI ’25: Proceedings of the 2025 CHI Conference on Human Factors in Computing Systems (Article 132, pp. 1–17). ACM. https://doi.org/10.1145/3706598.3714037

Makarenko, O., Borysenko, O., Horokhivska, T., Kozub, V., & Yaremenko, D. (2024). Embracing artificial intelligence in education: Shaping the learning path for future professionals. Multidisciplinary Science Journal, 6, 0720. https://doi.org/nbs3

Prodromou, A., & Kountouridou, M. (2025). Transforming Higher Education: The Role of AI and Simulation Tools in Enhancing Learning and Engagement. In A. Masouras, S. Anastasiadou, G. Deirmentzoglou, H. Sophocleous, & E. Anastasopoulou (Eds.), Integrating Simulation Tools Into Entrepreneurship Education (pp. 359-382). IGI Global Scientific Publishing. https://doi.org/10.4018/979-8-3693-9040-5.ch017

Singh, S. V., & Hiran, K. K. (2022). The impact of AI on teaching and learning in higher education technology. Journal of Higher Education Theory and Practice, 22(13). https://doi.org/10.33423/jhetp.v22i13.5514

Surawy-Stepney, N., Provost, F., Bhangu, S., & Caduff, C. (2023). Introduction to qualitative research methods: Part 2. Perspectives in Clinical Research, 14(2), 95–99. https://doi.org/10.4103/picr.picr_37_23


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528