Analisis Dekonstruktif Terhadap Satira Sosiobudaya dan Politik dalam Filem Lelaki Harapan Dunia (2014)

Badrul Redzuan Abu Hassan, Nur Hafizoh Idris

Abstract


Satira merupakan suatu reaksi komunikatif yang dihasilkan dan digunakan oleh sesiapa yang mempunyai keupayaan retorik untuk mengkomunikasikan saranan, sindiran atau pandangan peribadi atau kolektif. Masyarakat Melayu di Nusantara Melayu memiliki kecenderungan bersatira sebagai sebahagian dari akal budi Melayu yang menonjolkan kehebatan warisan bahasa untuk tujuan menegur, mendidik dan memperbaiki akhlak sejajar dengan ajaran agama Islam. Satira dinikmati secara mapan pada hari ini sebagai representasi kehidupan seharian yang dihasilkan untuk tujuan hiburan dan seloka persendaan. Komunikasi bersatira dilihat semakin popular dan digunapakai oleh sebilangan masyarakat era digital yang giat menyuarakan pendapat serta kritikan mereka terutamanya melibatkan persoalan logik, agama, moralitas dan integrit pemimpin masyarakat dan figura popular. Dalam erti kata lain, aspek sosiobudaya dan politik dilihat mendominasi wacana bersatira yang berlangsung di ruang publik termasuklah menerusi budaya popular seperti filem. Makalah ini umumnya bertujuan mengupas dan membahas menerusi sebuah analisis dekonstruktif aliran Derrida untuk menemukan makna-makna yang tersulam dalam wacana bersatira filem Lelaki Harapan Dunia (LHD, 2014) arahan Liew Seng Tat. Melalui kaedah analisis dekonstruktif, hasil kajian menunjukkan terdapat satira yang mewacanakan aspek sosiobudaya dan politik dalam filem ini. Persendaan satira sosiobudaya menumpukan implikasi dan subteks wacana kepada permasalahan penggunaan bahasa Malaysia dan ketaksuban masyarakat terhadap alam metafizik, sedangkan persendaan satira politik menjurus kepada amalan sogokan oleh ahli politik korup. Rumusan pencerahan yang ditemukan dari analisis dapatan kajian mencadangkan bahawa pengarah filem ini telah membuat representasi yang klinikal dan kritis mengenai akal budi Melayu dengan strategik dan menarik menerusi satira sosiobudaya dan politik.

 

Kata kunci: Akal budi Melayu, satira sosiobudaya, satira politik, analisis dekonstruktif, metafizik.


Full Text:

PDF

References


A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Abdul Rahman Embong. (1999). Melayu baru dan wacana tentang pemodenan masyarakat Melayu (Siri kertas kerja sosiologi dan antropologi no. 2). Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badrul Redzuan Abu Hassan. (2018). Analisis wacana. Dlm. Normah Mustaffa, Ali Salman, & Badrul Redzuan Abu Hassan (pnyt.), Reka bentuk penyelidikan komunikasi (Hlm. 111-123). Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Faiznur Farhana Jaafar, Badrul Redzuan Abu Hassan, & Roslina Abdul Latif. (2016). Mengkonstruksi ke-Sabahan: Analisis kritis sinematik terhadap wacana kedaerahan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 165-185.

Faizul Nizar Anuar, Fauziah Ahmad, & Sabariah Mohamed Salleh. (2018). Imeme sebagai seloka persendaan dan parodi: Impak dimensi sosiobudaya. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(1), 75-96.

Fatimah Busu. (1992). Elements of satire in the modern Malay and African novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Griffin, D. (2015). Satire: A critical reintroduction. US: University Press of Kentucky.

Hani Salwah Yaakup. (2013). Membaca satira dalam humor karya penulis muda. Tunas Cipta. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Koko Keumala Nurhidayat. (2016). Analisis gaya bahasa satira dan pesan pada rubrik lincak surat kabar harian Solopos. Surakarta: Universitas Muhammadiyah Surakarta.

Laporan Perpustakaan Negara Malaysia 2017. Diperoleh pada, 10 April 2019, dari http//: www.pnm.gov.my

Liew Seng Tat. (2014). Lelaki harapan dunia. Everything Film.

Muammar Ghaddafi Hanafiah. (2019). Isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu: Analisis wacana media kritis. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. 35(2), 68-86.

Noor Hasnoor Mohamad Nor, Eizah Mat Hussain, & Ahmad Ramizu Abdullah. (2019). Kesopanan dalam komunikasi menerusi filem animasi kanak-kanak tempatan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 368-385.

Raja Nurafiqah Raja Zulkifli, Noor Sulastry Yurni Ahmad, Mohd Azizuddin Mohd Sani, & Haslina Muhamad. (2018). Impak satira politik terhadap Internet trolling di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 223-242.

Shuhairimi Abdullah. (2006). Institusi bomoh dalam masyarakat melayu menurut perspektif Islam. Jurnal Pembangunan Sosial, 5(2), 181-203.

Whitebourd Journal. (t. th.). Majalah humor Amerika kembali dengan rona segar. Diperoleh pada 23 Mei 2019, di http://MajalahMad/Gilagila/hiburan/satira

Yusri Abdul Malek dan Noor Jaafar. (2005, 17 Mei). Bangsat sarat sindiran tajam. Harian Metro.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528