Papan Iklan Luar dan Pemilihan Sosial: Kajian Kes Papan Iklan di Lebuhraya Elite Expressway E608

Nur Hezreen Othman, Shamsul Amri Baharuddin, Badrul Redzuan Abu Hassan

Abstract


Penyelidikan ini mengkaji fungsi dan peranan papan iklan luar dalam mempengaruhi pemilihan sosial pengguna yang menggunakan Lebuhraya Elite Expresway E608. Fokus kajian adalah terhadap elemen rekabentuk visual seperti tipografi, warna, susun letak rekaan dan ilustrasi, perletakkan, material papan iklan luar di kawasan kajian serta tafsiran paparan mesej dan bahasa berdasarkan rekaan pada papan iklan luar. Kerangka konsep bagi kajian ini memperjelaskan bagaimana pemilihan sosial itu mampu menjadikan sesuatu produk itu boleh diterima masyarakat dan ianya berasaskan Kod dan Prinsip Am Amalan Pengiklanan Malaysia. Metadologi kajian yang akan digunakan adalah kaedah gabungan concurrent nested (Creswell, Plano Clark, Gutmann & Hanson, 2003) di mana sampel bergambar akan digunakan sebagai metod utama manakala hasil dari kaedah temuramah wakil dari pihak PLUS dan orang ramai adalah sebagai sokongan. Analisis bergambar terhadap rekaan reka letak papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 masih mengikut tatacara dan kod pengiklanan Malaysia. Peranan pihak PLUS sepenuhnya dalam peletakkan papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 mengikut kesesuaian keboleh pasaran produk tersebut di laluan berkenaan. Hasil temuramah kumpulan berfokus menunjukkan informan bersetuju bahawa papan iklan luar adalah medium pengiklanan yang berkesan di lebuhraya sekaligus dapat mempengaruhi pemilihan sosial pengguna. Berdasarkan kajian pada analisis visual dan hasil temuramah menunjukkan bahawa papan iklan luar adalah medium pengiklanan yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan sosial masyarakat di lebuhraya.

 

Kata kunci: Papan iklan, pengiklanan, pemilihan sosial, ruang sosial, visual.


Full Text:

PDF

References


Adnan Hashim. (1994). Pengiklanan di Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Bellis, M. (2017). Subject matter. Diakses dari https://www.thoughtco.com/subject-matter-meaning-1991521

Bob, M. F., & Wolfgang, S. (2010). The psycology of advertising. New York. Psycology Press.

Duncan, A. (2019). Why use billboard advertising?. Diakses dari https://www.billboardsource.com

Doyle, C. (2011). A dictionary of marketing. London: Oxford University Press. Diakses dari https://www.oxfordreference.com/view/10.1093/oi/authority.20110803100515480

Felipe G. C., Joshua G. K., Stephen J. B., & Albert K. (2011). A methodology for conducting integrative mixed methods research and data analyses. National Centre for Biotechnology Information. Diakses dari https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3235529/#R10

Hadley, D., & Ngui, M. (2010). Watch this space: Designing, defending, and sharing public space. Toronto: Kids Can Press Ltd.

Harper, D. (2002). Talking about pictures: A case for photo elicitation. Visual Studies, 17(1), 13-26. https://www.doi.org/10.1080/14725860220137345

Irving, M. (2017). Ancient Egyptian “billboard” could rewrite history of hieroglyphs. Diakses dari https://newatlas.com/egyptian-hieroglyphs-billboard/50139/

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2009). Garis panduan perancangan papan iklan luar. Malaysia: Penulis.

Ledrick, M. (2013). 5 types of subject matter in visual art. Diakses dari https://prezi.com/glrvk.cpm/glrvk40gasam/5-types-of-subject-matter-in-visual-art

List, C. (2013). Social choice theory. Diakses dari https://plato.stanford.edu/entries/social-choice/#HisSocChoThe

Mohd Adnan, Farid Shaoqi Othman, Wan Nazdalifah, Nizam Abdul Hamid, & Badrul Hisyam. (1994). Laporan akhir kajiselidik: Potensi media iklan di kampus ITM, Shah Alam. UiTM, Selangor: Pusat Penyelidikan dan Perundangan Institute Teknologi MARA.

Mohd Helmi Abd Rahim, Maizatul Haizan Mahbob, & Wan Idros Wan Sulaiman. (2009). Pengiklanan strategik: Jenama global Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 25, 32-41.

Mohd Helmi Abd Rahim. (2004). Pengiklanan dan penampilan budaya tempatan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 20, 79-93.

Mohd Helmi, Wang Hui Shan, & Novel Ak Lyndon. (2019). Persepsi amalan “greenwashing” terhadap pengiklanan produk hijau dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1), 120-136.

Norafiza Jaafar. (2019). DBKL arah iklan cari 'sugar daddy' ditarik serta-merta. Sinar Harian. Diakses dari https://www.sinarharian.com.my/article/62427/BERITA/Nasional/DBKL-arah-iklan-cari-sugar-daddy-ditarik-serta-merta

Nurul Aishah Mohd Radzi, Normaliza Abd Rahim, & Nor Azuwan Yaakob. (2018). Wacana tekstual dalam iklan selebriti. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 198-213.

Out of Home Advertising Association of Amerika. (1891). History of OOH. Diakses dari https://oaaa.org/AboutOOH/OOHBasics/HistoryofOOH.aspx

Sami, A. (2014). What is ATL, BTL and TTL marketing. LinkedIn. Retrieved from https://www.linkedin.com/pulse/20141106150034-11065447-what-is-atl-btl-and-ttl-marketing

Sammut‐Bonnici, T., & Galea, D. (2015). SWOT analysis. In, Strategic Management (Vol. 12). https://www.doi.org/10.1002/9781118785317.weom120103

Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin, & Noraini Zulkepli. (2019). An investigation of the use of language, social identity and multicultural values for nation-building in Malaysian outdoor advertising. Soc. Sci., 8(1), 1-18. https://www.doi.org/10.3390/socsci8010018

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2009). Advertising development in Malaysia – Catching eyeball in changing media. Malaysia: Penulis.

Syazlina Bahar. (2012). Perancangan Perak. Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Darul Ridzuan (Edisi 1, hlm. 10). Diakses dari Wikipedia Encyclopedia.

Shimazu, T. (1995). Japan association of economic geographers. Diaskes dari https://www.jstage.jst.go.jp/article/jaeg/41/1/41_KJ00003729392/_article/-char/en

Wirawan, I. B. (2015). Teori-teori sosial dalam tiga paradigm: Fakta sosial, definasi sosial & perilaku sosial. Indonesia. Prenamedia Group.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528