Komunikasi Pemimpin Pendapat dalam Isu Pembedahan Plastik: Suatu Analisis Kandungan dalam Instagram Selebriti Media Sosial Terpilih

Emma Mirza Wati Mohamad, Wan Chooi Han

Abstract


Pemimpin pendapat memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi persepsi dan pembuatan keputusan dalam kesihatan. Dengan bantuan media sosial, pemimpin pendapat berupaya menyampaikan mesej dengan lebih mudah dan pantas, serta dapat mendorong masyarakat untuk berkomunikasi tentang sesebuah isu kesihatan dengan lebih terbuka. Ini dapat dilihat dalam pelbagai isu kesihatan, yang mana media sosial menjadi suatu platform perbincangan dan perkongsian maklumat  antara satu sama lain. Keterbukaan ini juga membolehkan perbincangan sebilangan isu kesihatan yang tabu dan sensitif untuk diketengahkan dalam platform yang lebih bebas. Kajian ini meneroka bentuk-bentuk mesej yang disampaikan oleh selebriti media sosial mengenai pembedahan plastik dalam akaun Instagram mereka. Analisis kandungan telah dijalankan keatas posting sepuluh selebriti media sosial terpilih, termasuklah gambar, video, kapsyen serta hashtag yang digunakan ketika berkomunikasi mengenai pembedahan plastik. Hasil kajian mendapati bahawa perkongsian pengalaman pembedahan dan gambar selfie individu merupakan antara pilihan utama selebriti media sosial ketika berkomunikasi mengenai isu pembedahan plastik. Selain itu, kapsyen mereka menggunakan bahasa santai, serta hashtag yang menggambarkan prosedur pembedahan plastik banyak diperhatikan dalam posting mereka. Secara umumnya, teknik pemaparan yang digunakan oleh selebriti media sosial dalam kajian ini memenuhi kriteria dan elemen seperti yang disenaraikan dalam Model Hubungan Parasosial Pemimpin Pendapat iaitu orientasi, ransangan kepentingan serta maklumat dan pengurangan kerumitan.     


Full Text:

PDF

References


Ballantine, P. W. & Martin, B. A. S. 2005. Forming parasocial relationships in online communities. advances in consumer research. 32: 197-201

Corey, L. G. 1971. People who claimed to be opinion leaders: Identifying their characteristics by self-report. The Journal of Marketing. 35 (4):48-53

Flodgren, G., Parmelli, E., Doumit, G., Gattellari, M., O’Brien, M. A., Grimshaw, J. & Eccles, M. P. 2011. Local opinion leaders: Effects on professional practice and health care outcome. Cochrane Database of Systematic Reviews. 8:CD000125

Fogel, J. & King, K. 2014. Perceived Realism and Twitter Use Are Associated with increased acceptance of cosmetic surgery among those watching reality television cosmetic surgery programs. Plastic and Reconstructive Surgery. 134 (2): 233-238

Hartmann, T. & Goldhoorn, C. 2011. Horton and Wohl revisited: Exploring viewers; experience of parasocial interaction. Journal of Communication. 61(6): 1104-1121

Huang, K., Chan, K. & Tse, C. 2011. Assessing celebrity endorsement effects in China: A consumer-celebrity relational approach. Journal of Advertising Research. 6-21

International Society of Aesthetic Plastic Surgery, 2016

Katz, E. & Lazarsfeld, P. 1955. Personal Influence. New York: The Free Press

Katz, E. 2015. Where are opinion leaders leading us? Commentary. International Journal of Communication. 9: 1023-1028

Lazarsfeld, P., Berelson, B. & Gaudet, J. 1944. The people’s choice: How the voter makes up his mind in a presidential campaign. New York: Columbia University Press

Littlejohn, S. W., & Foss, K. A. 2011. Theories of Human Communication. 10th Edition. Long Grove IL: Waveland Press

Mohamad, E. Ahmad, A. L. Salleh, S. & Wan Sulaiman, U. K. 2017. Breaking the traditional communication flow: Exploration of social media opinion leaders in health. SHS Web of Conferences. 33: 00044

Moon, M. (2015) Cosmetic surgery as a commodity for ‘sale’ in online news. Health Communication in the New Asia. 25(1): 102-113

Montemurro, P., Porcnik, A. Heden, P. & Otta, M. 2015. The influence of social media and easily accessible online information on the aesthetic plastic surgery practice: Literature review and our own experience. Aesthetic Plastic Surgery. 39(2):270-277

Husband, P. A., & Hellier, E. J. 2011. Persuasive methods of communication. UK: Devon Country Council

Murtagh, R. 2013. The Role of #Hashtags in social media and search. Teks boleh diakses: https://searchenginewatch.com/sew/how-to/2305444/the-role-of-hashtags-in-social-media-and-search

Rogers, E. M. & Shoemaker, F. 1971. Communication of innovation: a cross-cultural approach. New York: The Free Press

Rogers, E. M. 2003. Diffusion of innovations. New York: The Free Press

Rubin, A. . &Step, M. . 2000. Packaging Television News: The Effects of Tabloid on Information Processing and Evaluative Responses. Journal of Broadcasting & Electronic Media, 44(4), 635–654.

Stehr, P., Rössler, P., Leissner, L. &Schönhardt, F. 2015. Parasocial Opinion Leadership Media Personalities ’ Influence within Parasocial Relations : Theoretical Conceptualization and Preliminary Results. International Journal of Communication, 9, 982–1001

The Connected Life Survey .2016. Diakses dari: http://connectedlife.tnsglobal.com/

Wen, N. & Hao, X. 2015. What do social media say about makeovers? A content analysis of cosmeti surgery videos and viewers’ responses on YouTube. Health Communication. 30:933-942

Windy, M. W., Shuhei, N., Erika, O., Rintaro, M. & Kenji, S. 2013. Interventions for reduction of stigma in people with HIV/AIDS. Cochrane Database of Systematic Reviews. 8:CD006735

Vardanian, A. J., Kusnezov, N. B., Im, D. D., Lee, J. C. & Jarrahy, R. M. 2013. Social media use and impact on plastic surgery practise. Plastic & Reconstructive Surgery. 131(5):11184-1193

You.gov.com (2015) Plastic surgery in Asia. Diakses dari: https://au.yougov.com/news/2015/07/27/plastic-surgery-asia/


Refbacks

  • There are currently no refbacks.