GAYA UJARAN DALAM TEKS KESUSASTERAAN MELAYU

MOHAMMAD FADZELI JAAFAR

Abstract


Makalah ini membincangkan pola dan strategi ujaran dalam teks kesusasteraan Melayu.  Pola merujuk kepada konvensi dan struktur ujaran, sementara strategi merujuk sebab pemilihan ujaran dalam sesuatu perbualan.  Kajian ini akan membandingkan penggunaan ujaran dalam karya sastera klasik dan moden.  Teks yang dikaji ialah Hikayat Hang Tuah (HHT) dan Salina.  Kajian ini tertumpu pada bab 1 dalam setiap teks kajian.  Sejumlah 45 perenggan dalam HHT dan 127 perenggan dalam Salina yang terdapat dalam Bab 1 akan dianalisis.  Kerangka analisis ujaran yang dikemukakan oleh Greenbaum dan Nelson (2002) akan dijadikan asas kajian.  Pola ujaran yang akan diteliti dalam kajian ini ialah posisi awal, posisi tengah dan posisi akhir. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujudnya inovasi dari segi persembahan ujaran dalam teks kesusaateraan Melayu.  Misalnya, pola ujaran dalam teks moden lebih bervariasi berbanding teks klasik.  Kandungan ujaran dalam teks moden juga lebih dramatik berbanding teks klasik yang bersifat langsung.  Kajian ini telah menyumbang tentang gaya ujaran dalam kesusasteraan Melayu dari sudut stilistik.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528