AMALAN PENYEDIAAN DAN PENULISAN BAHAN SIARAN MEDIA DI MALAYSIA: KAJIAN ANALISIS KANDUNGAN

Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Md. Sidin Ahmad Ishak

Abstract


Peralatan paling asas dalam perhubungan awam ialah kenyataan akhbar. Editor atau pengamal media menggunakan kenyataan akhbar untuk menyediakan bahan bagi penerbitan. Kenyataan akhbar yang disediakan dengan baik sungguh berguna. Makalah ini menganalisis kandungan 420 kenyataan akhbar yang diterima oleh dua buah organisasi media. Dokumen ini disenaraikan dalam satu inventori dan daripada inventori ini sebanyak 11 aspek telah dikaji. Aspek-aspek ini termasuk tajuk, nombor halaman, bahasa, gaya penulisan, kategori dan jenis penghantar. Kajian ini mendapati bahawa kenyataan disediakan mengikut format khusus tetapi penulisan dan penyediaan mempunyai ruang untuk dibaiki sebelum dapat menarik perhatian editor di organisasi media.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528